Jumaat, 4 Oktober 2019 | 8:16am
Pihak berkuasa Afrika Selatan merampas 342 kilogram tulang singa yang cuba diseludup ke Malaysia. Foto hiasan

342 kilogram tulang singa dirampas di Johannesburg

JOHANNESBURG: Pihak berkuasa Afrika Selatan berjaya merampas 342 kilogram tulang singa, di lapangan terbang di sini, selain menahan tiga individu.

Kementerian Alam Sekitar berkata, tulang singa mendapat permintaan tinggi di pasaran Asia, terutama dalam perubatan tradisional dan barang kemas.

Katanya, suspek tidak mengisytiharkan kandungan di dalam peti mengandungi tulang singa itu dengan tepat, sebelum ia dihantar ke Malaysia

“Apabila penghantaran itu diperiksa, kami berjaya menemui 12 kotak mengandungi tulang singa yang dibalut menggunakan kerajang aluminium,” kata kenyataan itu.

Jurucakap kementerian itu, Albi Modise, berkata walaupun pengeksportan baka singa untuk diternak adalah dibenarkan, tetapi permit khas diperlukan sebelum ia dibawa keluar.

Katanya, kesemua yang ditahan adalah warga asing, termasuk dua rakyat Zimbabwe, dan sehingga kini, seorang suspek masih dalam tahanan. - AFP

Berita Harian X