Ahad, 29 September 2019 | 4:41pm
Putera Harry ketika tiba untuk bertemu dengan Presiden Angola, Joao Lourenco di Luanda, Angola. - Foto Reuters

Putera Harry tiba di Malawi

JOHANNESBURG: Putera Harry tiba di Malawi hari ini, persinggahan terakhir dalam lawatan solo beliau di seluruh selatan Afrika sebelum menyertai semula isteri, Meghan dan anak mereka, Archie, empat bulan di Johannesburg.

Duke of Sussex itu meninggalkan duchess dan Archie, di Cape Town untuk melawat Botswana, Angola dan Malawi.

Archie, mencuri perhatian apabila duduk di atas paha ibunya ketika ibu bapanya berbual dengan pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Desmond Tutu, di Cape Town.

Ketika Harry melawat Malawi beberapa kali secara peribadi, lawatan kali ini menandakan kunjungan pertamanya secara rasmi.

Beliau tiba di ibu negara Malawi, Lilongwe, hari ini dan melawat kolej dan berbual dengan wanita muda yang pendidikan mereka ditaja dana dari Britain.

Selepas itu, beliau akan bertemu dengan Presiden Peter Mutharika, yang dikenalinya selepas bertemu beberapa kali sebelum ini, dan kemudian menghadiri resepsi dihoskan Pesuruhjaya Tinggi Britain.

Harry sudah melawat selatan Afrika sejak dua dekad lalu untuk bercuti dan kerja pemulihan.

Lawatan kali ini sebagai sebahagian kunjungan luar negara dengan Meghan dan Archie, kali pertama sebagai keluarga. - Reuters

Berita Harian X