Khamis, 29 Ogos 2019 | 11:14am
Seorang penduduk berkata, sungai terbabit melimpah dan membanjiri padang ketika perlawanan bola sepak amatur sedang berlangsung. -Foto Agensi

7 maut dihanyutkan banjir ketika perlawanan bola sepak

RABAT: Sekurang-kurangnya tujuh maut semalam apabila sebatang sungai melimpah dan membanjiri padang bola sebuah perkampungan di mana perlawanan sedang diadakan di selatan Maghribi, kata pihak berkuasa.

Mangsa termasuk seorang remaja lelaki 17 tahun dan enam warga emas yang menyaksikan perlawanan bola sepak di perkampungan Tizert, dalam rantau Taroudant.

Penyelamat menyelamatkan seorang lelaki yang cedera akibat banjir dan mencari seorang lagi individu hilang, kata pihak berkuasa.

Seorang penduduk berkata, sungai terbabit melimpah dan membanjiri padang ketika perlawanan bola sepak amatur sedang berlangsung.

Saksi berkata, lapan lelaki yang berlindung dalam bilik persalinan dihanyutkan banjir.

“Kami amat terkejut. Saya berusia 64 tahun dan tidak pernah menyaksikan banjir sebegitu teruk,” kata saksi.

Gambar dan video dikongsi dalam media sosial menunjukkan air lumpur menghanyutkan mangsa yang berpaut di atas sebuah bangunan rata akibat banjir.

Perkhidmatan cuaca Maghribi memberi amaran risiko hujan lebat tengah hari semalam di beberapa wilayah. -AFP

Berita Harian X