Isnin, 26 Ogos 2019 | 7:36pm
Michael Christopher. Foto Agensi

Ketua Pengarang akhbar Al-Watan dibebas

JUBA: Seorang wartawan kanan sebuah akhbar di Sudan Selatan dibebaskan, selepas ditahan selama hampir enam minggu tanpa sebarang pertuduhan, sekali gus mencetuskan kemarahan kumpulan hak asasi mengenai isu kebebasan akhbar.

“Saya ditahan selama 39 hari dan tiada pertuduhan dikenakan ke atas saya, dan akhirnya mereka memutuskan untuk membebaskan saya,” kata Ketua Pengarang akhbar harian bahasa Arab, Al-Watan, Michael Christopher.

Pada Julai lalu, Christopher dan isterinya, dihalang daripada menaiki penerbangan ke Nairobi, ketika beliau bercadang untuk menjalani rawatan perubatan.

Beliau ditahan tanpa sebarang pertuduhan di ibu pejabat Perkhidmatan Keselamatan Kebangsaan, sebelum dibebaskan pada hujung minggu lalu.

Christopher memberitahu AFP, beliau menerima layanan baik dan kebanyakan soal yang dikemukakan adalah berkisar mengenai komen yang dibuat kepada radio Voice of America, mengenai penutupan akhbarnya dan ugutan yang diterimanya. - AFP

Berita Harian X