Khamis, 22 Ogos 2019 | 12:33pm
Tiga maut dalam serangan di sebuah balai polis di Chad. Foto hiasan

Tiga maut dalam serangan di balai polis

N’DJAMENA: Tiga maut ketika cuba menyerang sebuah balai polis di Bardai, utara Chad, pada Isnin lalu, iaitu beberapa hari selepas perintah darurat dikuat kuasa di kawasan berkenaan.

“Seorang anggota tentera membunuh ketuanya, sebelum melarikan diri di sebuah balai polis.

“Bagaimanapun, ahli keluarga anggota tentera yang terbunuh itu menyerang balai polis untuk membalas dendam, sekali gus memaksa pegawai polis untuk bertindak balas.

“Kejadian itu mengakibatkan tiga maut, manakala empat lagi cedera parah,” kata dua sumber tentera.

Ahad lalu, Presiden Idriss Deby Itno mengisytiharkan perintah darurat di dua wilayah di timur negara itu, iaitu Sila dan Ouaddai, susulan insiden keganasan antara etnik yang sudah mengorbankan lebih 50 mangsa, awal bulan ini.

Perintah darurat turut diisytiharkan di wilayah Tibesti, di utara negara itu, yang terletak di sempadan Libya dan Bardai adalah bandar utama wilayah berkenaan. - AFP

Berita Harian X