Jumaat, 16 Ogos 2019 | 10:18pm
Pelabuhan Douala. - Foto AFP

17 kelasi China dan Ukraine diculik lanun Nigeria

YAOUNDE: Seramai 17 kelasi warga China dan Ukraine diculik semalam apabila dua kapal dagang diserang lanun di perairan Cameroon, kata sumber hari ini.

“Seramai 17 kelasi warga China dan Ukraine diculik dengan sembilan daripadanya rakyat China diculik dari satu daripada kapal terbabit,” kata jurucakap di pelabuhan Douala kepada AFP.

Seorang pegawai keselamatan Cameroon yang enggan dikenali mengesahkan maklumat itu.

Penculikan itu dilaporkan semalam oleh sumber tentera laut Cameroon dan perkhidmatan pelabuhan negara itu, namun mereka tidak mempunyai maklumat lanjut mengenainya.

Sumber tentera laut berkata, penculik berkemungkinan ‘lanun Nigeria’ dan pasukan keselamatan sudah melancarkan operasi mencari mereka. - AFP

Berita Harian X