Isnin, 29 Julai 2019 | 7:54am
Serangan yang dilancarkan militan Boko Haram di Maiduguri menyebabkan 65 maut. - Foto AFP
Serangan yang dilancarkan militan Boko Haram di Maiduguri menyebabkan 65 maut. - Foto AFP

65 maut Boko Haram serang upacara pengebumian

GAJIRAM: Serangan yang dilancarkan militan Boko Haram kelmarin di satu upacara pengebumian menyebabkan 65 maut, hampir tiga kali ganda daripada jumlah awal, kata pegawai semalam.

Puluhan mayat ditemui susulan serangan dilakukan kelmarin oleh militan di kampung berhampiran ibu negeri wilayah itu, Maiduguri.

“Enam puluh lima meninggal dunia dan 10 cedera,” kata pengerusi kerajaan tempatan, Muhammed Bulama.

Bulama berkata, lebih 20 terbunuh dalam serangan awal di upacara itu.

Puluhan lagi dibunuh ketika cuba mengejar militan.

Pemimpin militia tempatan anti-Boko Haram mengesahkan angka kematian, sambil memberikan keterangan agak berbeza mengenai serangan.

Bunu Bukar Mustapha berkata, 23 maut ketika kembali dari upacara pengebumian dan 42 kali dibunuh ketika mengejar pengganas.

Bulama beranggapan serangan terbaharu itu bagi membalas dendam pembunuhan 11 anggota Boko Haram dua minggu lalu oleh penduduk tempatan apabila militan mendekati kampung mereka.

Penduduk juga merampas 10 raifal automatik. — Agensi

Berita Harian X