Isnin, 1 Julai 2019 | 9:50pm
Pihak berkuasa Senegal menemui lebih satu tan kokain minggu lalu. - Foto fail AFP
Pihak berkuasa Senegal menemui lebih satu tan kokain minggu lalu. - Foto fail AFP

798 kilogram kokain ditemui dalam kargo kereta

DAKAR: Pihak berkuasa Senegal menemui lebih satu tan kokain minggu lalu yang disembunyikan dalam kargo membawa kereta baru dari Brazil yang menunggu dipunggah di pelabuhan di Dakar, kata perkhidmatan kastam hari ini.

Pegawai menemui 798 kilogram serbuk putih dalam 15 kereta baru iaitu sebahagian penghantaran baru hujung minggu lalu.

Penemuan itu berlaku beberapa hari selepas 238 kilogram kokain lain ditemui dalam kargo kereta berasingan, juga dari Brazil, di pelabuhan sama.

Siasatan masih diteruskan, kata perkhidmatan kastam, tanpa menyatakan nilai jalanan kokain yang dirampas.

Sekurang-kurangnya 15 rakyat Senegal ditangkap, menurut media tempatan.

Kokain kerap ditemui di pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa Dakar, antara titik transit utama Afrika Barat bagi penumpang dan barangan.

Jumlah terbesar tunggal pernah dirampas adalah 2.4 tan, di wilayah Mbour pada Julai 2007. - AFP

Berita Harian X