Rabu, 29 Mei 2019 | 8:07am
Seramai 23 maut selepas bas mini merempuh lori membawa pasir di Bamako, Mali. Foto hiasan
Seramai 23 maut selepas bas mini merempuh lori membawa pasir di Bamako, Mali. Foto hiasan

23 maut apabila bas mini rempuh lori pasir di Mali

BAMAKO: Lebih 20 mangsa terbunuh dan 16 lagi cedera parah selepas sebuah bas mini serta lori bertembung di Mali, semalam.

“Satu kemalangan membabitkan sebuah bas mini dan lori membawa pasir di lokasi yang terletak kira-kira 50 kilometer di timur Bamako.

“Setakat ini, 23 disahkan maut dan 16 lagi mangsa mengalami kecederaan parah.

“Hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku selepas tayar bas mini itu meletup, sebelum memasuki laluan bersebelahan lalu merempuh lori terbabit.

“Kemalangan itu disifatkan amat dahsyat,” kata kerajaan dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, kerajaan turut menyatakan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga mereka.

Mereka turut mengingatkan syarikat pengendali pengangkutan supaya mematuhi peraturan jalan raya, selain memastikan kenderaan mereka diselenggara dengan baik.

“Kejadian rempuhan itu amat kuat mengakibatkan bas mini itu musnah sama sekali, malah beberapa mangsa yang kini dirawat di hospital berada dalam keadaan amat kritikal,” kakitangan Palang Merah Mali, Oumar Sylla. - AFP

Berita Harian X