Ahad, 7 April 2019 | 10:10pm
Seorang pemburu badak maut selepas dipijak oleh seekor gajah sebelum dibaham singa di Taman Negara Kruger. - Foto Reuters
Seorang pemburu badak maut selepas dipijak oleh seekor gajah sebelum dibaham singa di Taman Negara Kruger. - Foto Reuters

Pemburu maut dipijak gajah sebelum dibaham singa

AFRIKA SELATAN: Seorang pemburu badak maut selepas dipijak oleh seekor gajah sebelum dibaham singa di Taman Negara Kruger, dekat sini.

BBC News melaporkan, rakan mangsa memberitahu keluarganya bahawa mangsa dipercayai meninggal dunia selepas dipijak haiwan terbabit, Selasa lalu.

Pihak renjer taman yang mencari mangsa, berjaya menjumpai tengkorak manusia dan sepasang seluar panjang dipercayai milik pemburu itu, Khamis lalu.

“Memasuki Taman Negara Kruger secara haram adalah tindakan yang tidak bijak.

“Ia boleh mengundang bahaya dan insiden ini adalah buktinya,” kata jurucakap renjer taman negara.

Taman Negara Kruger sering diceroboh pemburu haram bagi mendapatkan tanduk badak susulan mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara Asia. - BBC News

Berita Harian X