Isnin, 25 March 2019 | 10:19pm
Pasukan perubatan menyuntik vaksin kepada seorang penduduk di perkampungan Mangina di wilayah Kivu Utara, DR Congo. Foto Agensi
Pasukan perubatan menyuntik vaksin kepada seorang penduduk di perkampungan Mangina di wilayah Kivu Utara, DR Congo. Foto Agensi

Wabak Ebola di DR Congo cecah 1,000 kes

BENI: Jumlah kes yang dicatatkan dalam tempoh hampir lapan bulan wabak Ebola dilaporkan di timur Republik Demokratik Congo (DR Congo) dilaporkan sudah mencecah 1,000 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan DR Congo, hampir dua pertiga daripada jumlah itu sudah meninggal dunia.

“Jumlah keseluruhan kes yang direkodkan sehingga kini adalah 1,009 dan 629 daripadanya menyebabkan kematian,” katanya.

Wabak itu mula dikesan pada 1 Ogos di wilayah Kivu Utara, sebelum merebak di wilayah berhampiran, iaitu Ituri.

Angka kematian itu adalah yang kedua terburuk dalam sejarah wabak Ebola, selepas ia melanda Guinea, Liberia, Sierra Leone pada 2014 hingga 2016 yang meragut nyawa 11,308 mangsa.

Ia adalah berdasarkan data yang diperoleh dari laman web Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

Virus penyakit Ebola mengambil sempena nama sebatang sungai, iaitu Sungai Ebola di DR Congo, lokasi pertama ia dikesan pada 1974.

Bagaimanapun, usaha untuk mengawal wabak berkenaan yang sudah 10 kali melanda DR Congo, gagal berikutan masalah keselamatan, selain ancaman kumpulan militan. - AFP

Berita Harian X