Isnin, 11 March 2019 | 7:39am
Guinea-Bissau
Guinea-Bissau

800 kilogram kokain dirampas di Guinea-Bissau

BISSAU: Pihak berkuasa Guinea-Bissau berjaya menyita hampir 800 kilogram kokain yang dihantar menerusi kaedah pengiriman dan ia dipercayai rampasan terbesar dalam tempoh sedekad.

Menurut sumber polis, empat suspek, iaitu dua warga Nigeria dan masing-masing seorang rakyat Senegal dan Guinea-Bissau turut ditahan, ketika proses penyitaan berlangsung sejak Sabtu hingga Ahad lalu, di sini.

Sumber itu berkata, dadah berkenaan ditemui di dalam trak pendingin hawa yang didaftarkan di Senegal.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan sama ada pegawai tentera dan pegawai kanan kerajaan terbabit dalam kejadian itu,” kata sumber berkenaan. - AFP

Berita Harian X