Rabu, 27 Februari 2019 | 8:33am
Rakyat Nigeria memilih semula Muhammadu Buhari sebagai presiden negara itu. - Foto AFP
Rakyat Nigeria memilih semula Muhammadu Buhari sebagai presiden negara itu. - Foto AFP

Muhammadu Buhari sah Presiden Nigeria

ABUJA: Rakyat Nigeria memilih semula Muhammadu Buhari sebagai presiden negara itu, dalam keputusan pilihan raya semalam, selepas penangguhan yang menimbulkan kemarahan pengundi dan membawa kepada dakwaan penipuan dan konspirasi.

Buhari, 76, selesa berada di hadapan dengan lebih empat juta undian ketika beberapa negeri terakhir masih belum membuat pengumuman, menjadikan pencabar terdekatnya, Atiku Abubakar, mustahil untuk menang.

Kemenangan itu disahkan ketika Abubakar menang di negeri terakhir, River, di selatan Nigeria mengumumkan keputusan tetapi tidak dapat menewaskan Buhari.

Penyokong parti All Progressives Congress (APC) pimpinan Buhari berkumpul di ibu pejabat kempen di Abuja, untuk meraikan kemenangan sebelum keputusan akhir diumumkan.

Sebahagian menyanyi manakala Naib Presiden, Yemi Osinbajo, juga dilihat menyanyi di dalam video ‘Up we go!’ merujuk kepada Buhari dan kempen slogan ‘Next Level’.

Jurucakap Buhari, Garba Shehu, menyiarkan dalam Twitter gambar presiden itu menonton keputusan di televisyen.

“#BuhariHasWon,” tweet beliau.

Keputusan awal menunjukkan Buhari mendapat 15,191,847 undian atau 56 peratus manakala Abubakar dari Parti Demokratik Rakyat (PDP), memperoleh 11,262,978 undian atau 41 peratus.

Buhari menang di 19 negeri termasuk dua yang paling padat iaitu states – Lagos dan Kano manakala Abubakar mendapat sokongan di 17 negeri. — AFP

Berita Harian X