Selasa, 26 Februari 2019 | 8:31am
AS menjalankan serangan udara kerap di Somalia sebagai menyokong kerajaan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di negara itu, yang berjuang menentang pemberontakan al-Shabaab selama bertahun. -Foto Agensi

Serangan AS bunuh 35 militan al-Shabaab

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) berkata semalam, serangan udara terbaharu di tengah Somalia mengorbankan 35 pejuang al-Shabaab.

AS menjalankan serangan udara kerap di Somalia sebagai menyokong kerajaan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di negara itu, yang berjuang menentang pemberontakan al-Shabaab selama bertahun.

Dalam satu kenyataan, Pusat Arahan Afrika AS berkata, serangan dilakukan kelmarin berhampiran Beledweyne, Rantau Hiran.

“Serangan menyasar militan bersenjata al-Shabaab ketika mereka transit antara lokasi di kawasan terpencil,” kata kenyataan.

Al-Shabaab mahu menggulingkan kerajaan lemah Somalia disokong PBB dan melaksanakan undang-undang syariah. -Reuters

Berita Harian X