Khamis, 17 Januari 2019 | 11:10am
Lebih 30 etnik Tuareg maut dalam serangan di utara Mali. Foto Agensi
Lebih 30 etnik Tuareg maut dalam serangan di utara Mali. Foto Agensi

30 maut ditembak lelaki bersenjata di utara Mali

BAMAKO: Serangan oleh sekumpulan lelaki menaiki motosikal mengakibatkan lebih 30 etnik Tuareg terbunuh, dalam kejadian di utara Mali, baru-baru ini.

Menurut pihak berkuasa, identiti kesemua penyerang masih belum diketahui, tetapi pertelagahan antara kumpulan etnik Tuareg dan Fulani sudah mengorbankan ratusan mangsa, dan menyebabkan ribuan penduduk hilang tempat tinggal sejak beberapa tahun lalu.

Datuk Bandar Menaka, Nanout Kotia memberitahu Reuters, seramai 34 etnik Tuareg maut dalam serangan di dua kampung berdekatan pada Selasa lalu.

“Lelaki bersenjata yang menaiki beberapa motosikal, mengelilingi kampung terbabit sambil menembak ke arah penduduk, menyebabkan angka kematian tinggi,” katanya ketika dihubungi menerusi telefon. - Reuters

Berita Harian X