Khamis, 10 Januari 2019 | 2:37pm
DEMONSTRASI anti-kerajaan di Omdurman. - Foto Reuters
DEMONSTRASI anti-kerajaan di Omdurman. - Foto Reuters

3 maut bantah kerajaan di Sudan

KHARTOUM: Tiga orang penunjuk perasaan terbunuh selepas polis menghentikan demonstrasi anti-kerajaan menggunakan gas pemedih mata di Omdurman, kota kembar, Khartoum, kata polis Sudan, hari ini.

“Perhimpunan haram diadakan di Omdurman dan polis menyuraikan penunjuk perasaan dengan melepaskan gas pemedih mata,” kata jurucakap polis, Hashim Abdelrahim dalam satu kenyataan.

“Polis kemudian menerima laporan tiga penunjuk perasaan meninggal dunia dan beberapa lagi cedera. Kami menyiasat kejadian ini,” katanya, tanpa memberi butiran lanjut punca penunjuk perasaan meninggal dunia ketika tunjuk perasaan anti-kerajaan yang diadakan semalam. - AFP

Berita Harian X