Isnin, 17 Disember 2018 | 5:54pm

62 militan dibunuh tentera AS

NAIROBI: Tentera Amerika Syarikat (AS) berkata hari ini bahawa mereka membunuh seramai 62 militan dalam enam serangan udara pada kelmarin dan semalam di sekitar Gandarsh yang terletak di wilayah Banaadir, dekat sini.

Tentera African Command (AFRICOM) berkata, empat serangan dilancarkan kelmarin berjaya membunuh 34 militan dan 28 lagi, semalam.

“AFRICOM dan rakan tentera Somalia kami melakukan serangan udara ini adalah bagi menghalang pengganas daripada menggunakan kawasan terpencil sebagai tempat untuk merancang, mengarahkan dan memberi inspirasi selain merekrut serangan seterusnya,” kata AFRICOM dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, katanya serangan udara yang dianggap paling dahsyat tahun ini tidak mengorbankan orang awam.

“Kali ini, kami mentafsirkan serangan udara itu tidak mencederakan atau membunuh orang awam,” katanya.

Serangan udara dilancarkan AS di Somalia sebagai sokongan terhadap kerajaan di sana yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas bertempur memerangi pemberontakan militan al-Shabaab selama bertahun tahun.

Hujung bulan lalu, tentera AS berkata pihaknya berjaya membunuh 37 militan. -Reuters.

Berita Harian X