Jumaat, 10 Ogos 2018 | 9:22pm
PEKERJA kesihatan menggantungkan poster Ebola di Utara Kivu. - Foto EPA

10 orang maut wabak Ebola di Congo

BENI: Seramai 10 orang dilaporkan maut akibat wabak Ebola di timur Republik Demokratik Congo (DRC), menurut angka yang dikeluarkan hari ini turut menyatakan 27 kematian lain disyaki akibat wabak sama.

Kementerian Kesihatan berkata, sebanyak 44 kes disahkan dan mungkin sudah direkodkan sejak penyakit itu menular di wilayah Utara Kivu pada 1 Ogos lalu.

Katanya, dua kes disyaki di Goma, sebuah bandar yang didiami sejuta orang penduduk selepas ujian makmal semalam mendapati ‘ia bertukar negatif’.

Wabak ini adalah yang ke-10 di negara itu sejak 1976 apabila penyakit itu pertama kali dikesan di DRC yang terletak berhampiran Sungai Ebola, anak sungai Kongo.

Wabak terbaru ini berpusat di wilayah Beni, Utara Kivu, yang berkongsi sempadan dengan Uganda dan Rwanda. - AFP.

Berita Harian X