Rabu, 1 Ogos 2018 | 11:26pm
JULIEN Paluku

4 kes Ebola dikesan kembali di Congo

GOMA: Empat kes membabitkan virus Ebola disahkan berjaya dikesan di timur laut Republik Demokratik Congo (Congo).

Kementerian Kesihatan Congo berkata, 20 kematian membabitkan demam berdarah berjaya direkodkan di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, tiada bukti yang menunjukkan kaitan antara kes terbaharu itu dengan wabak yang berlaku di barat laut Congo yang mengorbankan 33 mangsa.

Minggu lalu, Kerajaan Congo mengumumkan wabak yang melanda barat laut negara itu sudah berakhir.

Sebelum itu, Gabenor wilayah utara Kivu, Julien Paluku, berkata wabak itu dikesan kawasan berhampiran sempadan Congo dan Uganda.

"Virus Ebola berjaya dikesan di utara Kivu. Saya meminta semua supaya bertenang dan berhati-hati dalam menangani perkara ini," kata Paluku dalam ciapannya di Twitter. - Reuters

Berita Harian X