MOGADISHU: Dua letupan menggegarkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Somalia pagi ini, menyebabkan lima penduduk awam terbunuh, dalam serangan terbaru didakwa dilancarkan militan Shabaab.
"Dua letupan mensasarkan bangunan keselamatan dalam negeri berhampiran Parlimen.
"Kami mengesahkan lima maut dan lebih 10 lagi cedera," kata komander polis, Ibrahim Mohamed, menambah empat militan juga antara yang terbunuh.
Seorang lagi pegawai keselamatan berkata, penyerang termasuk seorang pengebom nekad dan tiga penyerang bersenjata.
Dalam kenyataan disiarkan di laman web militan, Shabaab mendakwa bertanggungjawab. - AFP