Selasa, 29 Mei 2018 | 5:34pm

Militan Islam penggal kepala 10 penduduk

MAPUTO: Sepuluh penduduk termasuk kanak-kanak dipenggal di kampung di utara Mozambique hujung minggu lalu, dalam serangan dipersalahkan ke atas militan Islam, kata sumber hari ini.

Serangan berlaku di Monjane, kampung tidak jauh dari Palma, bandar kecil yang semakin meningkat menjadi hab gas asli baru negara itu.

"Kami diberitahu mengenai tragedi ini," kata pentadbir Palma, David Machimbuko, dengan maklumat turut disahkan pemimpin agama tempatan, yang menyalahkan militan. - AFP

Berita Harian X