Selasa, 27 March 2018 | 7:15pm

5 maut kebakaran kem penempatan

KANO: Lima terbunuh dalam kebakaran di kem menempatkan ribuan penduduk yang menjadi mangsa keganasan Boko Haram berhampiran sempadan Nigeria dengan Cameroon, kata sumber tentera dan awam.

Kejadian berlaku semalam di kem yang dihuni kira-kira 55,000 penduduk tidak berumah di bandar Rann, 175 kilometer ke timur Maiduguri, ibu negeri Borno.

"Kebakaran berlaku di kem penduduk tidak berumah yang meragut lima nyawa, tiga wanita dan dua kanak-kanak," kata pegawai kanan tentera di bandar itu.

Beberapa lagi mengalami kesan terbakar, ratusan ternakan mati dan 200 khemah musnah.

Pengawal awam yang membantu tentera di wilayah itu berkata kejadian disebabkan bara berterbangan dari kebakaran terbuka. - AFP

Berita Harian X