Rabu, 21 March 2018 | 5:21pm

Boko Haram bebas pelajar perempuan diculik

ABUJA: Sebahagian daripada 110 pelajar perempuan yang diculik di timur laut bandar Dapchi, Nigeria akhir bulan lalu dibebaskan, hari ini.

Menurut saksi, remaja perempuan berkenaan dibawa pulang oleh lelaki yang disyaki anggota kumpulan militan Boko Haram.

Namun, mereka tidak menyatakan berapa ramai jumlah remaja itu yang dibebaskan.

Seorang pegawai tentera di pusat pemeriksaan berhampiran Dapchi memberitahu Reuters: "Boko Haram yang membawa pulang remaja perempuan terbabit".

Insiden penculikan itu berlaku pada 19 Februari lalu membabitkan remaja perempuan berumur antara 11 tahun hingga 19 tahun.

Ia dianggap penculikan terbesar dalam tempoh beberapa tahun selepas kejadian militan Boko Haram menculik lebih 270 pelajar perempuan dari bandar Chibok sejak 2014. - Reuters

Berita Harian X