Selasa, 15 Ogos 2017 | 7:21pm
Grace Mugabe

Isteri Mugabe didakwa serang model

JOHANNESBURG: Wanita pertama Zimbabwe, Grace Mugabe menyerah diri kepada polis Afrika Selatan dan dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini selepas didakwa menyerang seorang model.

Menteri Polis Afrika Selatan Fikile Mbalula berkata, Grace tidak ditahan kerana beliau memberi kerjasama dan menyerang diri secara sukarela.

"Di pihak polis, kami terpaksa bertindak atas kepentingan mangsa, kami sudah membuka kes ke atas wanita pertama itu," kata Mbalula. -AFP

Berita Harian X