KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan industri vape tempatan yang mewakili 3,000 usahawan, pengilang, pengimport serta penjual produk vape di Malaysia hari ini membuat kenyataan bersama dan menzahirkan kebimbangan dengan langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menyamakan rokok dan vape berikutan pengumuman KKM berkenaan peraturan produk vape untuk dikawal selia sama seperti rokok.