KUALA LUMPUR: Penjual produk kesihatan, kecantikan dan elektronik, Eostre Bhd menyasar untuk melahirkan lebih ramai jutawan dalam tempoh setahun berdasarkan kelebihan ejen serta penerajunya dalam bidang keusahawanan.
Ketua Eksekutif Eostre, Rick Tan, berkata beliau yakin ahlinya mempunyai semangat berdaya saing dan boleh mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi.
"Ini terbukti dengan pertumbuhan jualan produk kesihatan dan kecantikan yang berjaya menjana pendapatan ratusan ribu dalam tempoh singkat.
"Berdasarkan hasil kami mencecah RM620 juta tahun lalu, saya percaya ejen baharu boleh mencapai tahap yang lebih tinggi dan menjadi jutawan dalam tempoh setahun jika mereka mendapat pengetahuan dan bantuan yang mencukupi daripada pemimpin Eostre yang berjaya," katanya.
Beliau menambah, visi dan misi Eostre adalah untuk menjadi syarikat nombor satu dalam industri jualan langsung di Asia.
"Pada masa ini, kami mempunyai ramai ahli di pelbagai negara termasuk China Taiwan, Thailand, Vietnam, India, Bangladesh, Indonesia, Singapura, Brunei dan China.
"Selepas ini, kami akan meneroka dan mengembangkan sayap perniagaan kami Ke Myanmar, Jepun, Afrika dan negara-negara lain.
"Selain membantu masyarakat antarabangsa menjalani kehidupan yang lebih baik dari sudut mental dan fizikal, kami juga mahu dikenali sebagai syarikat yang menghasilkan produk kesihatan," katanya.
Rick Tan berkata, Eostre komited untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang sihat dan berdikari, apabila visi syarikat adalah untuk menjadi jenama antarabangsa dengan produk penjagaan kesihatan yang terkemuka di dunia.
"Syarikat akan mengembangkan lagi perniagaannya bagi membolehkan orang ramai di seluruh dunia menikmati kehidupan yang lebih baik. Kami juga akan mempromosikan teknologi dan produk kepada dunia supaya mereka semua dapat menikmati kehidupan dan kesihatan yang lebih baik," tambahnya.
Eostre baru-baru ini mengadakan majlis penghargaan untuk berjaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama dua hari ini.
Majlis diadakan untuk menghargai semua ejen dan pemimpin yang bertungkus-lumus berkongsi manfaat produk bertaraf dunia syarikat itu kepada semua orang di Malaysia.
Anugerah yang diterima ejen termasuk kategori Berlian, Berlian Berganda, Berlian Elit, Tiara, Tiara Diraja, Tiara Elit, Tiara Lagenda dan Duke Tradisional.