Sabtu, 21 Mei 2022 | 3:12pm
Syazwani Abdul Hamid dan suami tercinta ketika bergambar di depan kereta hasil perniagaan Nurraysa.
Syazwani Abdul Hamid dan suami tercinta ketika bergambar di depan kereta hasil perniagaan Nurraysa.

Jana jualan RM2.84 juta jadi stokis Nurraysa

KUALA LUMPUR: Hidup manusia tidak pernah terlepas diuji. Desakan hidup juga mampu membuatkan manusia melakukan apa saja demi survival hidup.

Itu cebisan cerita yang terjadi kepada Syazwani Abdul Hamid 33, belajar tinggi dalam bidang sarjana Pengajian Islam di sebuah universiti tempatan sebelum berjaya menjadi 'Monster' stokis jenama produk Nurraysa.

Mengimbas kembali, dia akhirnya terpaksa membuat keputusan besar dalam hidup dengan menjadi suri rumah dan menjaga anak.Lebih sadis, majikan tempat kerja suami tercinta juga pernah tidak dapat membayar gaji berbulan-bulan kerana pelbagai masalah tak terduga.

"Desakan dan ujian hidup yang bertamu membuatkan saya dan suami jadi buntu serta hilang arah. Suami saya sendiri pernah bekerja tanpa gaji.

"Kami pernah nekad membuat keputusan untuk menggadai kereta untuk 'survive'. Ditambah dengan kos hidup yang melonjak naik, banyak tuntutan itu ini kena dilunaskan.

"Bukan setakat kereta saja digadai, barang kemas yang dibeli waktu kami bernikah pun terpaksa dipajak. Satu keputusan drastik yang saya sendiri tak jangka akan buat. Tambah pula membabitkan 'harta' yang ada nilai sentimental," kata ibu kepada dua cahaya mata perempuan itu.

Wanita berjiwa besar yang tebal dengan semangat positif kelahiran negeri jelapang padi itu sendiri pernah mempertaruhkan diri menjadi 'founder' jenama tudung.

"Namun, serba-serbi tindakan saya menjerut diri. Ketika itu, saya akui gagal seperti 'frust' menonggeng dalam bercinta kerana tiada bimbingan khusus dalam perniagaan. Tak hanya di situ, saya sendiri pernah melalui situasi dalam dompet hanya ada RM10 sahaja.

"Selama ini saya selalu membaca cerita jatuh bangun dan inspirasi orang yang asalnya berbaki duit 'ciput' dalam tangan. Saya fikir cerita itu hanya gimik atau penipuan semata-mata. Tapi bila melaluinya, saya sedar situasi tak berduit itu bukan propaganda.

"Bayangkan anak sakit nak ke klinik pun begitu sukar. Saya kena masukkan duit RM10 ke dalam akaun bank. Masa itu baki duit dalam bank hanya RM50. RM10 yang terpaksa di 'bank in' itu perlu untuk saya keluarkan RM50 berkenaan," katanya.

Lebih menyayat hati, Syazwani dan suaminya berasa malu alah dengan ibu bapa masing-masing kerana tidak mampu menghulurkan duit belanja.

"Malah paling kronik mak dan ayah saya pula terpaksa bayarkan duit kereta sebab masalah duit. Kos hidup di ibu kota pun bukan murah.

"Ketika itu juga bermula episod saya membantu suami dengan keinginan meneroka perniagaan lain pula. Tanpa diduga niat dan keinginan itu dilorongkan dengan bertemu orang betul.

"Dipendekkan cerita sekitar 2017, saya bertemu teman satu universiti yang kebetulan menjadi pengedar Nurraysa. Kehidupannya berubah ketara dengan jenama itu. Kehidupan saya pun perlahan-lahan bertambah baik seperti dilakukannya," katanya.

Syazwani berkata niatnya berniaga dengan jenama itu ditentang hebat keluarga pada mulanya.

"Ibu bapa mana tak sedih dan kecewa anak mereka belajar tinggi, alih-alih jadi suri rumah dan memilih berniaga dalam talian. Memang niat saya itu dibantah hebat ibu bapa.

"Tapi saya berjaya mengubah skeptikal dirasai ibu bapa. Saya berjaya buktikan dengan berniaga dalam talian juga boleh berjaya jika kena percaturannya.

"Bermula berniaga di rumah mak mentua di dalam sebuah bilik kecil, saya seperti bertatih. Malah saya terpaksa meminjam duit RM400 daripada suami untuk modal permulaan," katanya.

Syazwani seperti beroleh semangat baharu untuk menaikkan taraf hidup dengan menjadi dropship jenama berkenaan. Sikap komitednya pun lain macam.

"Saya bersemangat mengikuti latihan dianjurkan ibu pejabat Nurraysa. Pengasas jenama itu, Nur Aini Zolkepeli juga sentiasa positif memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara rapat dari belakang.

"Sejak konsisten, tak perlu jadi pengasas produk atau memiliki perniagaan sendiri pun boleh kaya dengan jenama ini. Jadi saya menyeru semua di luar sana sertailah dropship Nurraysa tanpa modal untuk masa depan lebih baik.

"Inilah peluang memanfaatkan fasa endemik dengan menjana pendapatan dari rumah. Saya boleh, anda juga pasti boleh. Tekan pautan https://wa.me/message/XXG3QFC637AAA1," katanya.

Diam tak diam, tanpa sedar, untuk tahun ini sahaja, Syazwani telah berjaya mengumpul jualan sebanyak RM2,841,922.40.

Era pandemik dan menginjak ke fasa endemik ini tidak mematahkan semangat wanita kental ini sehingga berjaya memegang gelaran suri rumah 'jutawan'.

Berita Harian X