Ahad, 1 Mei 2022 | 11:00am
NOIR meraikan anak yatim dan asnaf dengan berbuka puasa dan memberi duit raya.
NOIR meraikan anak yatim dan asnaf dengan berbuka puasa dan memberi duit raya.

Program Noir Prihatin bantu asnaf, yatim sepanjang Ramadan

KUALA LUMPUR: Program Noir Prihatin bukan sahaja membantu golongan asnaf dan anak-anak yatim, malah petugas barisan hadapan turut diberi bantuan serta agihan berbuka puasa.

Noir Health & Beauty Sdn Bhd (Noir) dalam satu kenyataan berkata, usaha dilakukannya itu adalah sejak awal Ramadan dengan sumbangan turut diberikan kepada petugas di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.

"Program NOIR Prihatin ini bermula dengan aktiviti agihan juadah berbuka puasa percuma di bazar sekitar Lembah Klang seperti di Bazar Ramadan Kota Damansara, Bandar Kinrara, Pantai Dalam dan sekitar ibu kota.

"Bersama anak yatim dan penjaga Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad. Menghampiri akhir Ramadan, Program Noir Prihatin dipergiatkan lagi dengan aktiviti agihan juadah berbuka puasa kepada golongan kurang bernasib baik di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Chow Kit di sini," katanya.

Menurut syarikat itu lagi, golongan anak yatim juga tidak terkecuali apabila seramai 31 anak yatim dan tujuh penjaga Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad, Kota Damansara diraikan pada Majlis Iftar Noir Bersama Anak Yatim.

Majlis Iftar Noir diadakan di Wisma NOIR, Kota Damansara itu diserikan lagi dengan penyampaian hadiah Peraduan Cantik & Menang kepada Normah Mohd Yaman yang terpilih sebagai pemenang sulung bagi peraduan itu dengan membawa pulang hadiah RM10,000 tunai.

Majlis Iftar Noir turut diserikan dengan penyampaian hadiah Peraduan Cantik & Menang.Peraduan Cantik & Menang dilancarkan sempena dengan Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang menyaksikan NOIR sebagai penaja utama program hiburan berprestij itu.

NOIR Health & Beauty adalah syarikat Bumiputera yang mengeluarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik diasaskan Eriyca Baiduri atau lebih sinonim dengan panggilan Madammu yang juga penaja utama AJL Ke-36 pada Mac lalu.

Berita Harian X