Isnin, 14 Februari 2022 | 9:57pm
Noor Faqirah (kanan) menyerahkan hadiah kepada salah seorang 'Top Leader' yang berjaya mencatat jualan tertinggi di sebuah hotel di Kota Bharu, baru-baru ini.
Noor Faqirah (kanan) menyerahkan hadiah kepada salah seorang 'Top Leader' yang berjaya mencatat jualan tertinggi di sebuah hotel di Kota Bharu, baru-baru ini.

Qayra Beauty Empire lancar produk baharu Slimming Girdle

KUALA LUMPUR: Memulakan perniagaan pada tahun 2019 tanpa modal dan ilmu perniagaan serta terpaksa pinjam duit raya anak untuk berniaga, kini Qayra Beauty (QB) meniti kejayaan apabila pada tahun 2021 jualan mencecah RM17 juta.

Kejayaan itu bermula dengan hasrat untuk merubah kehidupan keluarga keluar daripada kesempitan dan kesusahan.

Merungkai kejayaan pengasas QB, Noor Faqirah Abdullah, 27, yang berasal Pasir Tumbuh , Kelantan. Pada tahun 2018, ketika kandungannya sarat sembilan bulan, beliau dan suami berniaga laksa di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di negeri kelahirannya itu.

Tidak mahu terus meratapi nasib, setahun selepas itu iaitu pada 2019, beliau mengeluarkan produk sendiri iaitu Herba Kurus Tradisi ( HKT).

Jamu QB dihasilkan daripada akar kayu yang diperolehi dari bapa beliau sendiri.

"Dari dulu hingga sekarang, bapa saya menjual akar kayu di RTC Tunjong. Saya sendiri sebenarnya tidak percaya dengan jamu kampung tetapi selepas bersalin barulah saya mencuba herba kampung dan sangat berkesan untuk menurunkan berat badan," katanya.

Noor Faqirah berkata, pada peringkat awal memang tiada sambutan. Sehinggalah pada pertengahan tahun 2019 , produk itu makin dikenali ramai apabila beliau sendiri berjaya menurunkan berat badan selepas bersalin sebanyak 15 kilogram dalam masa hanya dua bulan selepas menggunakannya.

Pada tahun 2020, Qayra Beauty Empire semakin dikenali dan berjaya mengumpulkan 500 ejen.

"Perniagaan semakin berkembang apabila tahun lalu jumlah ejen Qayra Beauty Empire bertambah menjadi 6,000 orang.

"Kejayaan yang dikecapi hari ini bukanlah datang dalam sekelip mata. Pada peringkat awal, saya melakukan semuanya sendiri termasuk pembungkusan dan penghantaran.

"Dengan kengkangan kewangan, saya juga tidak mampu menggunakan pemasaran berbayar hanya 'offline' sahaja," katanya.

Bagaimanapun katanya, semakin lama QB berjaya menarik lebih ramai ejen.

Mereka berpuas hati apabila mendapat keuntungan lumayan dan produk itu memberi manfaat kepada orang ramai yang mengalami masalah berat badan.

Jelas Noor Faqirah, cubaan awal berniaga, beliau hanya mengeluarkan produk dalam kuantiti yang sedikit dan selepas mendapat maklum balas memberangsangkan barulah keluaran dibuat sehingga ratusan ribu botol.

"Saya turut melakukan penambahbaikan formula jamu kampung dan melakukan proses pengilangan produk HKT di mana rekod penjualan HKT untuk tahun 2021 adalah 200,000 ribu botol," katanya.

Noor Faqirah bercita-cita untuk meluaskan lagi empayar perniagaannya dan membina pasukan lebih ramai dari 6,000 ejen kepada 20,000 orang.

"Perancangan seterusnya, QB bercadang melebarkan sayap perniagaan ke negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.

"Sasaran jualan QB untuk tahun ini adalah RM25 Juta berbanding RM17 juta pada tahun 2021.

"Impian QB untuk memiliki bangunan sendiri di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu," katanya.

Produk lain keluaran QB adalah Slimocha , Slimberry dan Slimnut, Maajun Premium dan produk yang baru sahaja dilancarkan iaitu Slimming Girdle.

Berita Harian X