Ahad, 16 Januari 2022 | 7:54pm
Pengasas Harqis Empire, Nur Saidatul Akma Jamaruddin (kiri) ketika menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah ‘Top Sale 2021’, Wan Rahilah Wan Abdullah yang mencatat jualan sebanyak RM9.9 juta dan membawa pulang kereta Proton X50 berserta trofi.
Pengasas Harqis Empire, Nur Saidatul Akma Jamaruddin (kiri) ketika menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah ‘Top Sale 2021’, Wan Rahilah Wan Abdullah yang mencatat jualan sebanyak RM9.9 juta dan membawa pulang kereta Proton X50 berserta trofi.

Saidatul Akma gigih bina Harqis Empire

PUTRAJAYA: Pernah disingkirkan tanpa sebab kukuh suatu ketika dahulu ketika menjadi stokis jualan produk orang lain, menjadi pendorong Nur Saidatul Akma Jamaruddin, 31, untuk bangkit membina perniagaannya sendiri iaitu Harqis Empire.

Katanya, pengalaman selama enam tahun berhempas pulas sebelum ini dengan menjadi stokis produk benar-benar menjentik hatinya untuk bangkit memiliki syarikat produknya sendiri.

Beliau yang kini mengusahakan produk kesihatan dilihat menyasar untuk membina empayar bersama stokis dan ejennya, yang ketika ini sudah mencecah lebih 3,000 orang di seluruh Malaysia.

Mula beroperasi pada 2019, Harqis Empire berjaya mencatat jualan tertinggi, hampir RM16 juta pada tahun 2021.

Dengan penjualan lebih 1.5 juta unit produk minuman kesihatan keluaran sendiri, Nur Saidatul Akma mengakui fasa pandemik COVID-19 turut memberi impak kepada bisnesnya.

Namun, dengan kesungguhan dan mod perniagaan berdasarkan 100 peratus secara dalam talian itu menunjukkan peningkatan tiga kali ganda pada tahun lalu.

"Syukur walaupun pandemik pada awalnya membuatkan prestasi stokis dan egen agak menurun namun sebagai pengasas produk, saya perlu segera bangkit bersama untuk pastikan mereka terus semangat.

"Alhamdulillah, apabila mereka telah mula capai momentum jualan, kami berjaya akhirnya capai sasaran jualan pada tahun 2021" katanya.

Tambahnya, sasaran jualan pada tahun 2022 adalah sebanyak RM25 juta dan pelbagai rangka promosi telah dipergiatkan seperti iklan di radio dan pemasangan papan tanda sekitar lebuh raya.

Beliau ditemui dalam majlis makan malam dan penyampaian anugerah kepada stokis dan ejen yang berjaya mencatat jualan tertinggi sepanjang tahun 2021.

Turut hadir, penerima anugerah 'Top Sale 2021', Wan Rahilah Wan Abdullah yang mencatat jualan sebanyak RM9.9 juta dan membawa pulang kereta Proton X50 berserta trofi.

Berita Harian X