Selasa, 21 Disember 2021 | 6:25pm
Pengasas dan Pengarah Urusan, Bzbee Consult Sdn Bhd, Prof Mohd Said Bani menerima Anugerah Emas untuk kategori Komunikasi Isu dan Krisis daripada penaja Platinum Datuk Ir. Khairil Anwar Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Bhd.
Pengasas dan Pengarah Urusan, Bzbee Consult Sdn Bhd, Prof Mohd Said Bani menerima Anugerah Emas untuk kategori Komunikasi Isu dan Krisis daripada penaja Platinum Datuk Ir. Khairil Anwar Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Bhd.

Bzbee menang empat anugerah di MPRA 2021

KUALA LUMPUR: Syarikat komunikasi strategik bersepadu, Bzbee Consult Sdn Bhd (bzBee) memenangi empat anugerah dalam Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) 2021 edisi ke-13 anjuran Persatuan Perhubungan Awam dan Komunikasi (PRCA) baru-baru ini yang dianjurkan secara hibrid buat pertama kali.

Bzbee memenangi dua Anugerah Emas, pertamanya untuk kategori Komunikasi Isu dan Krisis dengan kempen "Skim Pajakan Persendirian: Sebagai Alternatif dalam Pembangunan Hartanah – Baik atau Buruk?" dan kedua, untuk kategori Hal Ehwal Awam bagi CENDANA, dengan kempen "Membantu Industri Seni dan Budaya Akibat Impak Pandemik".

Ia juga menerima Anugerah Perak untuk Kempen "Pandemic Pivot" atau "Komunikasi COVID-19" Terbaik – "Memposisi Pelancongan Sarawak: 'Ke Sana Ke Sini' – Penyesuaian Menghadapi COVID-19" dan Anugerah Gangsa untuk Kategori Agensi Terbaik dalam Mengadaptasi Cabaran COVID-19 –

"Mengukuhkan Semangat Ukhwah Fillah - Pendekatan Komuniti dalam Adaptasi". Menurut Profesor Mohd Said Bani C.M. Din, Pengasas dan Pengarah Urusan Bzbee, MPRA kini semakin mendapat pengiktirafan daripada lebih banyak organisasi dari sektor swasta mahupun awam.

"Sokongan padu yang kami terima daripada penaja pada tahun ini jelas mencerminkan pengiktirafan ini, terutamanya daripada Iskandar Investment Berhad, AgroBank dan Telum Media masing-masing sebagai penaja Platinum, Emas dan Gangsa.

"Saya benar-benar berharap organisasi ini akan terus memberi sokongan kepada profesion dan industri perhubungan awam. Saya juga berharap lebih banyak syarikat Bumiputera akan dapat diketengahkan dan mencapai kejayaan dalam industri ini," katanya dalam kenyataan semalam.

Berita Harian X