Selasa, 18 Februari 2020 | 7:16pm
Pengasas Jalen Sdn Bhd, Datuk Ab Jalil Long
Pengasas Jalen Sdn Bhd, Datuk Ab Jalil Long

Pengasas kicap Jalen meninggal dunia

JOHOR BAHRU: Usahawan yang juga pengasas Jalen Sdn Bhd, Datuk Ab Jalil Long meninggal dunia jam 3.55 petang ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru.

Jenazah akan dikebumikan selepas Isyak di Tanah Perkuburan Taman Kebun Teh.

Jalen memulakan operasinya pada November 1981 sebagai Jalil Enterprise.

Aktiviti utamanya adalah membekalkan kicap secara kontrak bagi jenama Habhal.

Bagaimanapun, perjanjian ditamatkan pada November 1986 yang menyaksikan syarikat itu kemudiannya mengusahakan produk sendiri.

Ogos 1988 menyaksikan era baharu dalam industri pembuatan makanan tempatan apabila Jalen memulakan operasi membekalkan jenama baharu Kicap Jalen secara terus ke pasaran.

Permintaan yang semakin meningkat menyebabkan kicap buatan Jalen mendapat sambutan yang positif daripada pelanggan.

Ab Jalil mengembangkan perniagaannya lagi dengan membuat pelaburan mencecah jutaan ringgit.

Syarikat turut mengeluarkan produk selain kicap seperti sos cili, sos tomato berperisa tiram, cuka buatan, taucu dan kordial.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X