Khamis, 2 Februari 2023 | 3:48pm
Siri Galaxy S23 mempunyai inovasi baharu dalam reka bentuk menarik -NSTP/AMIRUDIN SAHIB.
Siri Galaxy S23 mempunyai inovasi baharu dalam reka bentuk menarik -NSTP/AMIRUDIN SAHIB.

Samsung Galaxy S23 era baharu telefon premium

KUALA LUMPUR: Samsung Electronics Co Ltd memperkenalkan telefon pintar terbaharunya, Galaxy S23 Ultra, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 secara rasmi di pasaran Malaysia.

Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience Samsung Electronics, TM Roh, berkata barisan telefon pintar Galaxy S23 itu menandakan era baharu telefon premium utama Samsung Galaxy.

Beliau berkata, fungsi kamera berteknologi tinggi akan memberikan lebih kreativiti kepada pengguna dalam mengambil gambar.

"Semua siri Galaxy S23 itu mempunyai inovasi baharu dalam reka bentuk menarik. Malah, telefon pintar ini juga menggunakan banyak komponen dari bahan kitar semula, sekali gus mengukuhkan komitmen kemampanan kumpulan," katanya selepas pratonton Galaxy S23 di sini, hari ini.

Siri Galaxy S23 dibuka untuk tempahan dari 2 Februari hingga 23 Februari 2023 -NSTP/Aziah Azmee
Siri Galaxy S23 dibuka untuk tempahan dari 2 Februari hingga 23 Februari 2023 -NSTP/Aziah Azmee

Roh berkata, impak nilai teknologi diukur bukan saja dari segi keistimewaan kepada pengguna hari ini tetapi tetapi juga bagaimana ia menyumbang kepada masa depan yang lebih baik.

Beliau berkata, keseluruhan siri Galaxy S23 adalah pencetus standard baharu pengalaman yang boleh dipercayai dalam siri telefon pintar premium.

"Samsung juga sedang menjalankan misi untuk mentakrifkan semula prestasi kami dengan membawa bersama-sama inovasi yang bernilai tinggi, mampan dan mampu berkekalan," katanya.

Barisan siri Galaxy S23 kini dibuka untuk tempahan dari 2 Februari hingga 23 Februari 2023.

Fungsi kamera berteknologi tinggi akan memberikan lebih kreativiti kepada pengguna -NSTP/Aziah Azmee
Fungsi kamera berteknologi tinggi akan memberikan lebih kreativiti kepada pengguna -NSTP/Aziah Azmee

Harga jualan bermula daripada RM3,899 bagi Galaxy S23 (storan 8GB/128GB); RM4,199 (Galaxy S23 dengan storan 8GB / 256GB); RM4,699 (Galaxy S23+ dengan storan 8GB/256GB) dan RM5,199 (Galaxy S23+ dengan storan 8GB/512GB) .

Manakala bagi versi premium pula iaitu Galaxy S23 Ultra dijual pada RM5,699 (Galaxy S23 Ultra dengan storan 12GB/256GB); RM6,199 (Galaxy S23 Ultra dengan storan 12GB/512GB)dan

RM7,199 (Galaxy S23 Ultra dengan storan 12GB/1TB).

Kesemua barisan siri Galaxy S23 mempunyai empat pilihan warna iaitu Phantom Black, Cream, Green dan Lavender.

Berita Harian X