Khamis, 15 September 2022 | 5:32pm
Maxis Home Fibre mempersembahkan video pendek Kediamanku, Ruang Kerianganku. - FOTO Maxis.
Maxis Home Fibre mempersembahkan video pendek Kediamanku, Ruang Kerianganku. - FOTO Maxis.

Karakter dinocorn hiasi skrin digital 3D OOH Bukit Bintang

PAPARAN video tiga dimensi (3D) pada skrin digital pengiklanan luar rumah (OOH) yang terletak di Bukit Bintang pastinya menjadi salah satu tarikan buat mereka yang mengunjungi kawasan itu.

Terbaharu, pengunjung dapat melihat video pendek berdurasi 15 saat yang dibawakan oleh Maxis Home Fibre ketika mengunjungi Pavilion Kuala Lumpur.

Video pendek ini mengisahkan kanak-kanak lelaki yang 'menyelam' ke dalam televisyen dengan bantuan karakter dinocorn berkuasa ajaib bagi menerokai pengalaman menonton yang mengasyikkan dengan Maxis Home Fibre.

Karakter dinocorn ini membawa penonton mengembara melalui hutan hujan animasi bagi melihat sekumpulan haiwan yang terdiri daripada harimau, gajah, ular, monyet dan rama-rama yang seolah-olah melompat keluar skrin.

Iklan Maxis Home Fibre yang membawa mesej kegembiraan melalui pengalaman di rumah ini pastinya menyentuh hati para pengunjung.

 

 

Pengalaman berhubung terbaik dari rumah

Sebagai peneraju jenama rangkaian telekomunikasi, Maxis terus memberikan pengalaman berhubung yang terbaik kepada rakyat Malaysia.

Tidak kira di rumah, tempat kerja atau di mana-mana sahaja, Maxis sentiasa membantu pengguna untuk berhubung sepanjang masa dengan internet yang paling dipercayai.

Hadir dengan lima pelan yang sesuai dengan keperluan internet di rumah, Maxis Home Fibre menawarkan harga berpatutan kepada pelanggan mereka iaitu:

RM89 sebulan bagi sambungan 30 Mbps

RM129 sebulan bagi sambungan 100 Mbps

RM149 sebulan bagi sambungan 300 Mbps

RM219 sebulan bagi sambungan 500 Mbps

RM299 sebulan bagi sambungan 800 Mbps

Maxis Home Fiber menyediakan WiFi yang lebih pantas dengan peranti penghala (router) WiFi 6 Maxis dan liputan WiFi yang lebih luas serta dioptimumkan oleh Maxperts.

Pelanggan Maxis Home Fibre juga boleh menikmati jualan hebat Maxis seperti peranti rumah mampu milik pada harga berpatutan dengan pelan Zerolution. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Maxis Home Fibre, layari laman sesawang Maxis sekarang.

Berita Harian X