Sabtu, 25 Jun 2022 | 11:40pm
Amazfit siri BIP 3.
Amazfit siri BIP 3.

Amazfit perkenal jam pintar siri BIP 3

KUALA LUMPUR: Jam pintar pelbagai guna menawarkan pelbagai ciri-ciri tertentu kepada pembeli yang sudah pasti berhasrat untuk meneroka pelbagai ciri-ciri istimewa pada setiap model.

Tidak ketinggalan model jam pintar yang menjadi pilihan kepada penggemarnya ialah jenama Amazfit yang dimiliki oleh Zepp Health Corporation (Zepp Health).

Di bawah jenama Amazfit ini, penggemar boleh memilih pelbaga jenis model dari peringkat permulaan sehingga ke peringkat tertinggi.

Model Bip 3 Pro yang mula berada di pasaran sejak 25 Jun lalu merupakan siri jam tangan pintar dalam kategori harga RM110 hingga RM315 terus berkembang di seluruh dunia.

Pengarah Asia Tenggara Amazfit, Jacob Jin, berkata siri Bip ialah satu daripada jam tangan pintar terlaris dengan kelebihan dalam ID, saiz skrin dan ketahanan.

Model siri Bip sangat besar dalam membenarkan pemakainya menzahirkan perasaan mereka kerana mereka boleh membuat aksesori dengan memilih daripada pelbagai muka jam tangan yang boleh dimuat turun daripada Aplikasi Zepp OS.

Katanya, pemakai boleh menyesuaikan widget yang hendak ditunjukkan pada pilihan muka jam yang boleh diedit atau malah memuat naik foto kegemaran mereka ke muka jam.

"Bip 3 tersedia untuk tujuh hari pertama selepas pelancaran di platform e-dagang Shopee, yang mana tiga hari pertama adalah eksklusif untuk kedai dalam talian perdana Amazfit di Shopee.

"Antara ciri-ciri menarik ialah dibina dalam badan yang sangat nipis dan ringan, tiada perkara kecil tentang jam tangan pintar siri Bip 3 kerana apabila anda `Think Big', maka anda `Think Bip' kerana jam tangan pintar ini dikuasakan oleh sistem pengendalian Zepp OS dan memanfaatkan teknologi mengoptimumkan data besar untuk menyediakan keseluruhan rangkaian pengalaman sukan, kesihatan dan gaya hidup yang diperibadikan," katanya dalam satu kenyatan.

Di samping itu, siri Bip 3 didatangkan dengan skrin LCD 1.69", lebih 50 muka jam yang bertenaga, hayat bateri sehingga dua minggu, kalis air 5-ATM, lebih 60 mod sukan dan pemantauan kesihatan yang merangkumi pengukuran ketepuan oksigen darah, degupan jantung, tahap tekanan dan pemantauan tidur dan, Sistem penilaian kesihatan Perisikan Aktiviti Peribadi.

Manakala bagi model Bip 3 Pro ialah lima Sistem Kedudukan Satelit.Bip 3, yang didatangkan dalam warna hitam, biru atau merah jambu, berharga RM199 manakala Bip 3 Pro, yang didatangkan dalam warna hitam, krim atau merah jambu, berharga RM249.

Bagi 100 pelanggan pertama yang menggunakan Bip 3, mereka akan menerima Ikat Kepala Amazfit yang eksklusif.

"Pemakai boleh menyesuaikan widget yang hendak ditunjukkan pada pilihan muka jam yang boleh diedit atau malah memuat naik foto kegemaran mereka ke muka jam," katanya.

Berita Harian X