Khamis, 24 March 2022 | 11:49am

Siri HONOR X kembali ke Malaysia secara rasmi pada 29 Mac

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun menyepi, jenama peranti terkemuka, HONOR kembali mengejutkan peminat teknologi menerusi pengumuman kemunculan semula HONOR Siri X. 

Bertemakan Ready to Go Beyond, pelancaran rasmi siri itu dijadualkan berlangsung pada 29 Mac ini, jam 8.30 malam dengan tumpuan utama diberikan terhadap keistimewaan dan keupayaan peranti.

Sejak diperkenalkan, siri HONOR X dikenali sebagai ikon HONOR berikutan ia antara model telefon pintar kelas mercu yang menjadi pilihan utama pengguna di Malaysia. 

Malah, sehingga hari ini masih ramai pengguna setia HONOR menggunakan model Siri X terdahulu. 

Justeru, dengan kehadiran semula model ini di pasaran, HONOR percaya lebih ramai peminat teruja dan tidak sabar untuk mengetahui mengenai keistimewaan yang ditawarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif, HONOR Malaysia, Justin Li, dalam satu kenyataan di Facebook HONOR Malaysia baru-baru ini mengetengahkan beberapa perkara yang boleh dijangka mengenai Siri X. 

"Spesifikasi hanyalah angka, mewakili jutaan kemungkinan apabila ia membabitkan kehendak pengguna. Lebih menyeluruh perkara yang dipertimbangkan, lebih keselesaan yang bakal dinikmati pengguna.

"Beberapa tahun kebelakangan ini, HONOR mengambil pendekatan dua roda seimbang untuk kekal memihak kepada pengguna. 

"Satu roda untuk memahami trend dan meneliti maklum balas pengguna, manakala satu lagi roda mengutamakan keperluan pengguna di samping integrasi teknologi tercanggih," katanya.

Justin dalam kenyataan sama turut berkongsi kisah mengenai seorang pengguna HONOR 8X yang berjaya diselamatkan selepas meminta pertolongan ketika melakukan aktiviti perkhemahan di saat telefon pasukan yang lain gagal berfungsi. 

Kisah benar ini memberi inspirasi dan semangat kepada HONOR untuk mengeluarkan produk berkualiti tinggi bagi membolehkan pengguna menikmati peranti berkualiti premium pada harga mampu milik. 

Sejak berdiri teguh sebagai sebuah jenama besar dalam pasaran, HONOR menerima banyak pertanyaan daripada pengguna tempatan mengenai kemunculan semula siri X. 

Kini, Malaysia patut berbangga kerana dipilih sebagai negara pertama di luar China untuk merasmikan Siri HONOR X, berserta HONOR X9, HONOR X8, dan HONOR X7, siri lengkap yang bakal mengagumkan pengguna tempatan.

Image

Sumber rasmi mengesahkan bahawa peranti baharu ini dilengkapi paparan kadar segar semula 120Hz dan teknologi pengecasan pantas HONOR SuperCharge 66W.

Sementara itu, HONOR turut membawa pelancaran ini pada tahap lebih tinggi dengan memperkenalkan versi terbaharu komputer riba, sekali gus memberi lebih banyak pilihan peranti kepada pengguna. 

Justeru, jangan terlepas untuk menonton pelancaran rasmi di Malaysia pada 29 Mac nanti! 

Image

Kepada peminat dan pengguna HONOR Siri X, anda dialu-alukan untuk menyertai aktiviti menarik menerusi Facebook rasmi Honor dan rebut peluang untuk memenangi hadiah HONOR X9 yang baharu.

Klik di sini untuk menyaksikan pelancaran 'Ready to Go Beyond'.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan rasmi pelancaran HONOR Siri X, layari laman web rasmi HONOR.

Berita Harian X