Jumaat, 11 March 2022 | 8:09pm
Shopee 3.15 Hari Pelanggan
Shopee 3.15 Hari Pelanggan

Shopee 3.15 Hari Pelanggan tawar diskaun 95 peratus

KUALA LUMPUR: Shopee 3.15 Hari Pelanggan yang sedang berlangsung sehingga 15 Mac ini menawarkan pelbagai tawaran hebat menerusi jualan mega pertama tahun ini.

Shopee dalam kenyataan hari ini memaklumkan, antara tawaran hebat adalah diskaun 95 peratus terhadap barangan dalam jualan kilat yang diadakan sebanyak tujuh sesi merangkumi 40 produk setiap hari.

Selain itu, pengguna juga boleh menikmati baucar diskaun 95 peratus setiap hari tanpa perbelanjaan minimum selain boleh menikmati penghantaran percuma walaupun hanya dengan pembelian satu barang sahaja.

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa pengguna juga berpeluang memiliki sebuah kereta Nissan Almera baharu menerusi kempen putar dan menang Nissan Almera.

"Kumpul tiket emas setiap hari sambil anda bermain permainan Spend & Win. Lebih banyak tiket yang anda kumpulkan, lebih tinggi peluang anda untuk memenangi sebuah kereta baharu," menurut kenyataan itu.

Shopee 3.15 Hari Pelanggan turut menawarkan pulangan hadiah wang tunai menerusi permainan Sampul Misteri yang berlangsung pada 8 malam setiap hari di Shopee Live sehingga 15 Mac ini serta di slot tambahan pada 12 tengah hari, 15 Mac.

"Pembeli juga berpeluang memenangi sebuah iPhone 13 setiap hari dengan tiket emas yang telah mereka kumpulkan. Pelbagai baucar penjual serta baucar Digi juga bakal dinikmati apabila mengambil bahagian dalam Spin & Win setiap hari.

"Shopee juga membawakan koleksi produk-produk destinasi kegemaran dari Korea dan Indonesia dengan diskaun hingga 50 peratus manakala koleksi dari China ditawarkan pada harga RM5 ke bawah menerusi tawaran Travel and Shop," menurut kenyataan itu.

Menerusi Shopee Mall, pelanggan berpeluang menikmati diskaun 25 peratus dan Pulangan Tunai Syiling Shopee 25 peratus serta baucar 25 peratus untuk pelbagai jenama terkenal termasuk CU Malaysia, Dessini, Enfagrow, Grafen, Huawei, Mentholatum, P&G, Skechers, TTRacing dan Vinda.

"Jika ini masih tidak mencukupi, raikan Shopee 3.15 Hari Pelanggan ini dengan potongan harga lebih menarik hingga 30 peratus dan baucar 30 peratus daripada jenama kegemaran anda seperti Huawei, Pandora, Watsons dan Timberland," kata Shopee.

Pengguna juga boleh menikmati diskaun hebat ShopeeFood Day merangkumi penghantaran percuma sepanjang hari, diskaun 50 peratus Super Deals, baucar masa terhad dengan diskaun hingga 65 peratus dan Savings Pass yang bermula esok hingga 14 Mac.

"Selain itu, dengan perbelanjaan minimum RM20 untuk sebarang pesanan ShopeeFood, para pengguna juga berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai hingga RM5,898 dalam peraduan Order & Win dan untuk maklumat lanjut, sila layari https://shopee.com.my/m/shopeefoodday," menurut kenyataan itu.

Tawaran hebat lain adalah tawaran TV Shopee serta bagi pengguna SPayLater, mereka boleh menikmati ansuran kosong peratus selama tiga hingga enam bulan bagi semua produk FMCG, baucar khas Shopee 3.15 Hari Pelanggan bernilai hingga RM65 dan juga Baucar Masa Terhad, pada 15 Mac ini.

Shopee 3.15 Hari Pelanggan menjadikan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan jaguh lompat jauh para, Datuk Abdul Latif Romly sebagai duta jenamanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shopee 3.15 Hari Pelanggan, pengguna boleh layari https://shopee.com.my/Consumer-Day.

-BERNAMA

Berita Harian X