Khamis, 3 March 2022 | 2:24pm
Ketua Kempen Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh pada sesi pelancaran Hari Pelanggan 3.15 hari ini
Ketua Kempen Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh pada sesi pelancaran Hari Pelanggan 3.15 hari ini

Shopee lancar kempen jualan mega pertama 2022

KUALA LUMPUR: Platform beli belah dalam talian, Shopee melancarkan kempen jualan mega pertama mereka untuk tahun ini, iaitu Hari Pelanggan 3.15 yang bermula hari ini sehingga 15 Mac depan.

Sepanjang tempoh kempen berkenaan, pelanggan Shopee ditawarkan potongan harga sehingga 95 peratus, perkhidmatan penghantaran percuma dan peluang menyertai peraduan Spin & Win dengan hadiah utama kereta Nissan Almera.

Ketua Kempen Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh, berkata Hari Hak Pengguna disambut di seluruh dunia pada 15 Mac setiap tahun dan kempen kali ini diadakan untuk membuatkan pelanggan Shopee merasakan diri mereka dihargai selepas melalui tempoh sukar sejak dua tahun lalu.

"Kami melihat segmen kesejahteraan diri terus menjadi tumpuan utama pelanggan sepanjang tempoh kempen, yang mana permintaan menyaksikan pertumbuhan sebanyak enam kali ganda pada 2021 berbanding sebelum pandemik.

"Segmen lain yang turut memperlihatkan pertumbuhan pesat ialah barangan pembaikan rumah yang melonjak 10 kali ganda berbanding 2019, manakala barangan berkaitan haiwan peliharaan naik sebanyak 13 kali ganda," katanya pada sesi pelancaran yang diadakan secara maya hari ini.

Shopee turut mengumumkan jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly dan ratu terjun negara, Datuk Pandalela Rinong Pamg sebagai duta bagi kempen Hari Pelanggan 3.15 Shopee.

Soh berkata, pihaknya melihat permintaan untuk segmen penjagaan kesejahteraan fizikal dan persekitaran sentiasa berada paras lebih tinggi berbanding sebelum pandemik.

"Perubahan ini menjanjikan peluang positif buat penjual dan juga kepada pembeli," katanya.

Berita Harian X