Khamis, 10 Februari 2022 | 4:25pm
Siri Redmi Note 11 diberi rekaan rapi dan rata, selain dilengkapi ciri mercu. - Foto Xiaomi
Siri Redmi Note 11 diberi rekaan rapi dan rata, selain dilengkapi ciri mercu. - Foto Xiaomi

Siri Redmi Note 11 harga mampu milik, ciri mercu

JENAMA peneraju teknologi global, Xiaomi mengumumkan ketibaan empat telefon pintar yang dijual pada harga kelas pertengahan namun dilengkapi ciri dan prestasi mercu terbaharu iaitu siri Redmi Note 11, baru-baru ini.

Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, Redmi Note 11S dan Redmi Note 11 digelar juara telefon pintar kelas pertengahan bukan hanya kerana harganya yang berpatutan, tetapi sarat dengan ciri dan spesifikasi hebat seperti skrin lebar, bateri berkapasiti besar, pengecasan pantas dan banyak lagi.

Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S dilengkapi sensor utama 108 megapiksel (MP), manakala Redmi Note 11 pula dilengkapi sensor utama 50MP yang mampu mengambil gambar dengan julat dinamik dan prestasi warna lebih tinggi bagi mengeluarkan hasil  sempurna walaupun dalam cahaya malap.

Bahagian hadapan Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S pula dilengkapi kamera hadapan 16MP yang mampu mengambil swafoto jelas dan kelihatan semula jadi.

Selepas ini, saat-saat indah bersama yang tersayang dapat diabadikan dengan lebih jelas supaya memori bermakna itu tersimpan selamanya.

Pengalaman pengguna yang lancar

Redmi Note 11S pula mempunyai kadar penyegaran tinggi sehingga 90Hz dan kadar pensampelan sentuhan sehingga 180Hz.

Siri Redmi Note 11 juga meningkatkan pengalaman skrin dengan animasi yang lebih lancar dan peralihan bebas lag serta mencatat sentuhan jari yang lebih tepat.

Dengan saiz skrin 6.67 dan 6.43 inci, siri Redmi Note 11 memaparkan warna dan perincian  lebih terang, sambil mengekalkan kesegaran serta kejelasan walaupun dalam cahaya siang yang terang.

Image

Reka bentuk tepi siri Redmi Note 11 juga dihasilkan rapi dan rata supaya paparan yang dilihat pengguna lebih lancar.

Justeru, tiada lagi gangguan ketika menonton video atau bermain permainan video dengan paparan skrin yang rata di bahagian tepi.

Ia juga dilengkapi dwi pembesar suara 'super linear' yang terletak di bahagian atas dan bawah telefon supaya bunyi terhasil lebih jelas seterusnya memberikan pengalaman telefon pintar terbaik buat pengguna.

Penuh berkuasa

Redmi Note 11 Pro 5G dikuasakan oleh pemproses octa-core Snapdragon®️ 695 tercanggih yang dilengkapi sambungan 5G, teknologi 6nm peringkat perdana dan kelajuan jam sehingga 2.2 GHz.

Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S kedua-duanya mempunyai pemproses MediaTek Helio G96 okta-teras termaju dan sehingga 8GB RAM.

Justeru, tiada lagi gangguan ketika bermain permainan video sama di dalam talian bersama rakan dan ahli keluarga selepas ini.

Redmi Note 11 dilengkapi dengan pemproses Snapdragon®️ 680 yang dibina menggunakan proses 6nm peringkat perdana untuk menyampaikan prestasi unggul sambil menjimatkan kuasa.

Keempat-empat peranti siri Redmi Note 11 disertakan bateri berkapasiti besar 5,000mAh.

Oleh itu, pengguna tidak perlu bimbang sekiranya kehabisan bateri ketika berada di luar rumah kerana kapisiti bateri disertakan pada siri Redmi Note 11 mampu bertahan sepanjang hari.

Image

Di samping kapasiti bateri yang luar biasa, siri Redmi Note 11 iaitu Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro disertakan pengecasan turbo 67W tahap perdana Xiaomi yang hanya mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk mengisi 50 peratus bateri*.

Redmi Note 11S dan Redmi Note 11 pula menampilkan pengecasan pantas 33W Pro yang membolehkan anda mengecas sehingga 100 peratus dalam masa sejam*.

Kini, anda boleh mengecas telefon pintar ketika bersiap sebelum keluar rumah dan tidak perlu bimbang lagi akan isu kehabisan bateri.

Image

Redmi Note 11 Pro 5G (8GB+128GB) dan Redmi Note 11 Pro (8GB+128GB) masing-masing boleh didapati pada harga RM1,299 dan RM1,099 melalui pra-tempahan bermula 11 hingga 18 Februari 2022 di mana-mana Kedai Sah Xiaomi.

Redmi Note 11s (8GB+128GB) dan Redmi Note 11 (6GB+128GB) pula masing-masing boleh didapati pada harga RM999 dan RM799 bermula 11 Februari 2022 di mana-mana Kedai Sah Xiaomi.

Dapatkan telefon pintar pilihan anda hari ini di kedai Xiaomi yang sah bagi merebut hadiah premium bernilai RM328 untuk Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro 5G dan hadiah premium bernilai RM139 untuk Redmi Note 11s dan Redmi Note 11.

Layari Facebook Xiaomi untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai siri Redmi Note 11.

Berita Harian X