Jumaat, 14 Januari 2022 | 7:03pm
HUAWEI P50 Pro dilengkapi teknologi True-Chroma Display supaya warna yang dipaparkan pada skrin sama dengan objek sebenar. - FOTO HUAWEI
HUAWEI P50 Pro dilengkapi teknologi True-Chroma Display supaya warna yang dipaparkan pada skrin sama dengan objek sebenar. - FOTO HUAWEI

HUAWEI lancar telefon pintar perdana P50 Pro, P50 Pocket

EMUI 12 memberikan pengalaman pintar tiada tandingan bukan sahaja melalui bahasa visualnya, tetapi menembusi kaedah interaksi dan operasi merentas peranti bagi membolehkan komunikasi pintar serta aliran maklumat yang lancar antara peranti.

Peranti terbaharu keluaran HUAWEI, P50 Pro meneruskan legasi fotografi dan reka bentuk perindustrian Siri P HUAWEI.

Dengan HUAWEI P50 Pro, pengguna bakal merasai pengalaman gaya dan fotografi serba baharu dilengkapi dengan keupayaan perkakasan serta perisian yang tiada tandingan.

Image

Ini kerana HUAWEI P50 Pro dilengkapi sistem kamera Dwi-Matriks Bentuk Sebenar disepadukan dengan Enjin Pemprosesan Imej Resolusi Tinggi bagi menghasilkan imej lebih terang, bersih dan terperinci serta lebih banyak cahaya untuk memberikan fotografi yang benar-benar nyata.

Ia juga dilengkapi HUAWEI XD Optics serba baharu iaitu teknologi revolusi yang melepasi had reka bentuk optikal dan membantu pengguna memanfaatkan kreativiti mereka untuk merakam gambar terbaik.

Pengalaman bermain permainan mengasyikkan

Bagi memberi pengalaman bermain permainan mengasyikkan, HUAWEI P50 Pro hadir dengan sokongan teknologi True-Chroma Display supaya warna dipaparkan lebih terang dalam permainan.

Selain itu kadar pensampelan sentuhan 300 Hz untuk kawalan sentuhan lebih responsif manakala kadar penyegaran paparan 120 Hz pula memberikan pengalaman permainan yang menyeronokkan.

Image

HUAWEI P50 Pro turut dilengkapi bunyi stereo dwi pembesar suara yang menyokong kesan bunyi HUAWEI Histen yang dibangunkan sendiri oleh HUAWEI.

Bass Booster membolehkan telefon pintar untuk menyampaikan kualiti lebih rendah, manakala Soundstage Enhancer menyediakan pentas bunyi yang lebih luas sama ada ketika memainkan lagu, filem atau audio permainan.

HUAWEI P50 Pro turut boleh mengesan dan menyesuaikan diri dengan bunyi persekitaran untuk menyampaikan kesan bunyi terbaik untuk pelbagai senario.

Justeru, butiran, pelbagai lapisan dan suara manusia semuanya kedengaran lebih jelas, memberi kesan dan lebih penuh kepada pendengar.

Rakam saat hebat

HUAWEI P50 Pro dilengkapi dengan ciri rakaman audio resolusi tinggi yang boleh membezakan antara suara manusia dan bunyi persekitaran serta mengekalkan hanya suara dengan kejelasan yang sempurna bagi merakam saat hebat.

HUAWEI P50 Pro menyokong Video Dwi-Pandangan bagi membolehkan pengguna memilih arah mana mikrofon menangkap audio bagi memudahkan sesi rakaman.

Kamera belakang HUAWEI P50 Pro bercirkan kepekaan mikrofon yang membolehkan penindasan hingar akan berubah mengikut perkadaran dengan faktor zum dan  membolehkan pengguna melihat ke dalam objek serta menguatkan bunyi daripada sumber itu secara serentak.

Selain itu, apabila pengguna menggunakan kamera hadapan ketika strim secara langsung dan temu bual, mereka boleh memfokuskan pada suara manusia dan meminimumkan hingar dari belakang dan kedua-dua sisi peranti untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Reka bentuk estetik

Image

HUAWEI P50 Pro menyokong 66W HUAWEI SuperCharge dan 50W Wireless HUAWEI SuperCharge untuk pengecasan pantas dan mudah.

Ia juga mempunyai kapasiti bateri 4360mAh untuk memberikan hayat bateri yang panjang dan memberikan kesihatan bateri (battery health) sekurang-kurangnya 90 peratus biarpun selepas tiga tahun penggunaan.

Reka bentuk EMUI 12 mempunyai reka bentuk quasi-skeuomorphic yang unik dan mematuhi prinsip sederhana serta nyata manakala animasi berinspirasikan graviti yang menggunakan warna hitam, putih dan biru ringkas sebagai warna utama, sekali gus memberikan rupa yang bersih serta anggun.

Dengan HUAWEI P50 Pro, pengguna boleh membuka Panel Kawalan hanya dengan meleret ke bawah dari sudut kanan atas.

Tindakan ini tidak mengganggu tugas aktif dan membenarkan pengguna mengakses kawalan muzik serta tetapan Wi-Fi dan Bluetooth.

Tab Peranti+ dalam Panel Kawalan juga membolehkan pengguna mengawal atau menyediakan kolaborasi berbilang peranti dengan peranti lain secara mudah.

Ciri baharu

Pengguna yang gemar membuat panggilan video pasti seronok menggunakan HUAWEI P50 Pro kerana pengguna boleh memindahkan panggilan MeeTime mereka ke skrin lain dan terus berbual dengan memanfaatkan paparan, kamera dan pembesar suara yang lebih besar.

Panggilan juga boleh ditukar semula kepada telefon pintar pada bila-bila masa.

Multi-Party MeeTime Calls menyokong panggilan suara dan video HD sehingga 12 panggilan, malah pengguna juga boleh berkongsi skrin mereka dan menggunakan ciri peningkatan kecerahan ketika panggilan.

Ciri Notepad pada HUAWEI P50 Pro menyokong ciri penjimatan kad baharu.

Selepas membuka aplikasi Notepad, pengguna boleh menggunakan kamera untuk mengimbas dan menyimpan kad ke koleksi mereka.

Ciri tera air juga tersedia untuk keselamatan tambahan, selain ditambah ciri baharu seperti pelarasan bingkai, mengimbas dan mengecam dokumen yang membolehkan pengguna mengimbas dokumen dan menukarnya kepada imej dengan hanya satu klik.

HUAWEI P50 Pro masih menyokong ciri pemindahan fail HUAWEI Share antara telefon pintar, komputer peribadi atau tablet dan ia turut boleh digunakan untuk perkongsian antara Deeplink.

Pengguna boleh mengetik pautan HUAWEI Music, HUAWEI Video dan HUAWEI Browser untuk terus ke halaman pautan aplikasi secara terus, namun bukan halaman hadapan.

Jam tangan pintar HUAWEI boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh untuk kamera HUAWEI P50 Pro.

Pengguna juga boleh membuat pratonton tangkapan dalam masa nyata, menggunakan butang pada jam untuk melihat gambar yang ingin diambil jauh ke dalam atau ke luar, serta mengambil video dan foto dari jauh.

Telefon pintar boleh lipat terbaharu

Image

Selain HUAWEI P50 Pro, HUAWEI turut memperkenalkan telefon pintar boleh lipat terbaharu, HUAWEI P50 Pocket. Peranti ini turut menggunakan hasil penyelidikan dan pembangunan kamera HUAWEI bagi memberikan pengalaman fotografi unggul yang disokong oleh perkakasan dan perisian yang berkuasa.

HUAWEI P50 Pocket menampilkan rupa sederhana yang menyerlahkan reka bentuk yang canggih di dalamnya.

Lipatan HUAWEI P50 Pocket juga lancar, hampir tanpa celah apabila dilipat dan menghasilkan skrin yang licin, membolehkan peranti dilipat sambil mengekalkan simetri  sempurna.

HUAWEI P50 Pocket menyokong sepenuhnya teknologi paling maju yang diperkenalkan dengan Siri HUAWEI P50, termasuk Enjin Imej True-Chroma, HUAWEI XD Optik dan banyak lagi.

Ia terdiri daripada Penderia Berbilang Spektrum 10-Saluran, penerang Spektrum Ultra, Laser AF, Kamera True-Chroma 40MP, Kamera Sudut Lebar Ultra 13MP dan Kamera Spektrum Ultra 32MP.

Image

Skrin Utama dan Skrin Penutup HUAWEI P50 Pocket memberikan pengalaman interaksi pintar dan dilengkapi dengan Matriks Kamera Spektrum Ultra yang inovatif.

Melalui aplikasi Mirror, pengguna boleh menggunakan ciri pengesanan pelindung matahari untuk menyemak sama ada mereka telah menggunakan pelindung matahari secara sekata.

Jika pengguna ingin menyemak krim yang disapu di kawasan lain, mereka boleh mengetik dua kali pada skrin untuk mengaktifkan mod Pro (MONO).

HUAWEI P50 Pocket boleh didapati bermula 22 Januari ini. Nantikan maklumat lanjut di laman web rasmi HUAWEI.

HUAWEI P50 Pro wajib dimiliki oleh semua orang yang mencari telefon pintar yang menarik dari segi estetika dan dapat meningkatkan pengalaman pengguna.

Muat turun aplikasi kegemaran di AppGallery

Image

Pengguna HUAWEI P50 Pro dan P50 Pocket kini boleh memuat turun aplikasi kegemaran melalui aplikasi pasaran rasmi HUAWEI, AppGallery yang tersedia di dalam telefon pintar.

Kebanyakan aplikasi yang biasa digunakan di negara ini boleh didapati di AppGallery yang menawarkan akses mudah buat pengguna tempatan termasuk airasia, e-dompet Boost, EASI, Grab, Syok, Tealive, TGV Cinemas, ZUS Coffee dan banyak lagi melalui platform berkenaan.

Aplikasi kegemaran lain seperti MAE oleh Maybank2u, CIMB Clicks Malaysia, Go oleh Bank Islam, allianceonline Mobile, MyYES dan SOCAR juga boleh didapati di platform berkenaan untuk memenuhi keperluan gaya hidup yang berbeza.

Image

Pra-tempah HUAWEI P50 Pro pada harga RM4,199 dan dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM2,100 termasuk HUAWEI Watch GT 2 Pro, tawaran hebat pada AppGallery dan banyak lagi.

Image

Rasai P50 Pro dan P50 Pocket di HUAWEI Experience Store berdekatan anda atau buat pra-tempahan di:

P50 Pro

Laman web rasmi HUAWEI

Kedai perdana HUAWEI di Lazada

Kedai rasmi HUAWEI di Shopee

P50 Pocket

Laman web rasmi HUAWEI

Kedai perdana HUAWEI di Lazada

Kedai rasmi HUAWEI di Shopee

Berita Harian X