Isnin, 28 September 2020 | 9:38am
POCO X3 NFC jadi rebutan pengguna - Foto POCO
POCO X3 NFC jadi rebutan pengguna - Foto POCO

POCO X3 NFC canggih dan mampu milik

SARAT dengan spesifikasi menarik dan canggih, peranti baharu POCO X3 NFC yang memberi fokus kepada fungsi permainan mudah alih ternyata mengejutkan ramai pengguna kerana ia ditawarkan pada harga mampu milik.

Peranti kelas pertengahan ini hadir dengan skrin IPS LCD FullHD+ bersaiz 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan menyokong HDR10.

Ini membolehkan pengguna menikmati kelancaran paparan skrin sekaligus memberi kepuasan kepada pengalaman tontonan, tatalan dan permainan setanding peranti kelas mercu.

Prestasi permainan luar biasa

Image

Model ini adalah telefon pintar pertama yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 732G SoC, merupakan naik taraf kepada Snapdragon 730G. 

Cip ini membawakan spesifikasi yang hampir sama seperti Snapdragon 730G, namun ia ditambah baik dengan penggunaan Qualcomm Kryo 470 CPU dan penawaran grafik 15% lebih baik dengan bantuan Qualcomm Adreno 618 GPU bersama Vulkan 1.1 Graphics Driver.

Selain itu, janaan cip pemprosesan ini juga didatangkan dengan subsistem Qualcomm FastConnect 6200, menjanjikan sambungan Wi-Fi lebih pantas dan stabil.

POCO X3 NFC dipadankan dengan dua konfigurasi memori iaitu 6GB+64GB dan 6GB+128GB serta menjalankan MIUI 12 terbaharu berasaskan Android 10.

Ia turut hadir dengan input sentuh sepantas 240Hz diiktiraf Widevine L1, memberikan pengalaman permainan mudah alih lebih responsif. 

Panel skrin POCO X3 NFC juga memiliki teknologi DynamicSwitch, berfungsi menukar kadar skrin bergantung kepada kandungan dan keperluan (video pada 60 bingkai sesaat) yang membantu menjimatkan bateri.

Untuk sistem audio, peranti ini menawarkan sistem pembesar suara dwi stereo bersama bicu audio 3.5mm yang berupaya memberikan pengalaman permainan lebih memuaskan. 

Bateri tahan lama

Bagi pemain tegar permainan mudah alih, tidak perlu risau kerana telefon pintar ini menyertakan bateri berkapasiti besar 5160mAh yang mampu bertahan selama dua hari untuk penggunaan biasa.

Selain itu, peranti ini turut disertakan teknologi pengecasan pantas 33W yang boleh mengecas hingga 62% dalam tempoh 30 minit dan 100% dalam tempoh 65 minit. 

Sistem kamera 

Image

POCO X3 NFC turut menawarkan sokongan kamera yang baik setanding dengan kelas dan harga yang dipasarkan.

Ia memiliki empat kamera belakang, menggabungkan kamera utama 64MP F1.89 dari sensor Sony IMX682, kamera ultra lebar 13MP F2.2, kamera makro 2MP F2.4 dan kamera pengesan kedalaman 2MP F2.4. 

Sekiranya anda merakam gambar pemandangan langit menggunakan telefon pintar ini, anda juga boleh mengubah warna langit mengikut kehendak melalui fungsi AI Skyscaping 3.0. 

Image

Bukan itu sahaja, POCO X3 NFC juga berupaya menghasilkan rakaman video beresolusi 4K dengan 30 bingkai sesaat dan hasilnya juga mengagumkan untuk sebuah kamera peranti daripada kelas pertengahan. 

Bagi kamera hadapan pula, POCO X3 NFC memasang kamera 20MP F2.2 dengan rekaan berlubang di bahagian atas skrin.

Cantik dan mampu milik

Image

POCO X3 NFC hadir dengan reka bentuk simetri, kemasan panel belakang melengkung 3D serta tulisan POCO dengan kesan pantulan pelangi, menjadikan peranti ini tampak lebih elegan dan menyerlah. 

Bagi yang gemar bermain permainan mudah alih atau sedang mencari sebuah telefon pintar dengan spesifikasi tinggi pada harga mampu milik, POCO X3 NFC adalah pilihan yang patut dipertimbangkan.

POCO X3 NFC boleh didapati dalam dua warna iaitu Shadow Grey dan Cobalt Blue pada harga RM899 untuk 6GB+64GB dan RM1099 untuk 6GB+128GB.

Anda juga berpeluang memiliki POCO X3 NFC dengan harga pembelian awal yang lebih murah iaitu RM899 RM799 dan RM1099 RM949 menerusi kedai atas talian Xiaomi di Lazada pada 29 September 2020.

Untuk membuat pembelian POCO X3 NFC, kunjungi kedai pengedar rasmi Xiaomi atau layari kedai atas talian Xiaomi di Lazada

Berita Harian X