Jumaat, 25 September 2020 | 4:10pm
Pelancaran jam tangan pintar, OPPO Watch, di Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Shahmi Imran
Pelancaran jam tangan pintar, OPPO Watch, di Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Shahmi Imran

Gajet berasaskan IoT kukuh kedudukan OPPO di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR: Ketika pasaran telefon pintar berdepan kemelesetan berikutan masalah ekonomi global yang merudum, pengeluar telefon pintar, OPPO optimis pengenalan barisan peranti barunya berasaskan Internet Untuk Semua (IoT) akan mengukuhkan kedudukannya di pasaran Asia Tenggara.

Pengarah Pemasaran OPPO Malaysia, Nikki Chen, berkata ketika ini OPPO menguasai 20.3 peratus pasaran peranti pintar di Asia Tenggara pada suku kedua 2020, mengatasi jenama telefon pintar yang lain.

Beliau berkata, angka itu membuktikan OPPO mempunyai kelebihan tersendiri dan mampu mewujudkan ekosistem teknologi pengguna baru yang memberi fokus kepada kepintaran serta keselesaan.

OPPO juga katanya memperuntukkan sebanyak AS$7 bilion (RM29.15 bilion) dalam memperkasakan lagi pembangunan IoT, 5G, 6G, kepintaran buatan (AI), 'augmented reality' (AR) dan data besar.

"Peruntukan untuk pembangunan IoT dan sebagainya ini seiring dengan kehendak dan perkembangan semasa dunia teknologi. Malah pembangunan teknologi baharu itu juga dijalankan di APAC Hub Centre OPPO di Kuala Lumpur.

"Hub itu akan menjadi pusat operasi serantau untuk syarikat mengembangkan dan mempelbagaikan teknologi di semua peranti kami.

Pelancaran jam tangan pintar, OPPO Watch, di Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Shahmi Imran
Pelancaran jam tangan pintar, OPPO Watch, di Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Shahmi Imran

"Ini mencerminkan walaupun OPPO mengukuhkan kehadirannya di Asia Pasifik, ia juga memfokuskan kepada perkembangan di Malaysia yang menjadi pasaran utamanya.

"OPPO Malaysia juga memperuntukkan RM10 juta bagi pengembangan operasi, pembukaan 15 pusat jualan dan perkhidmatan kami di seluruh Malaysia untuk tahun ini dan 2021," katanya selepas pelancaran jam tangan pintar, OPPO Watch, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, seperti OPPO Watch terbarunya itu, ia adalah contoh penggunaan IoT dan teknologi baharu dalam peranti pintar syarikat.

Beliau berkata, pihaknya akan mengukuhkan ekosistem IoT dengan sambungan pintar, yang mampu memberikan nilai tambah dan keselesaan kepada pengguna.

OPPO Watch adalah peranti terbaru dari OPPO yang memberikan kesenangan baru kepada pengguna dengan dilengkapi teknologi baru dan mampu bertahan sehingga 21 hari sekali pengecasan.

Pelancaran jam tangan pintar, OPPO Watch, di Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Shahmi Imran
Pelancaran jam tangan pintar, OPPO Watch, di Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Shahmi Imran

OPPO Watch menggunakan Wear OS dari Google dan dikuasakan oleh OPPO.

Jam tangan pintar itu mempunyai algoritma AI bersepadu yang memberikan kelebihan dalam mewujudkan suasana baru dalam penggunaannya.

Ia sudah tersedia untuk tempahan bermula 25 September hingga 2 Oktober 2020 dan akan mula berada di pasaran pada 3 Oktober ini.

Ia didatangkan dalam dua varian iaitu 41 milimeter (mm) pada harga RM899 dan 46mm (RM1,299). Pelanggan juga berpeluang memperoleh dua tali jam tangan pintar yang berharga RM199 secara percuma.

Berita Harian X