Rabu, 10 Jun 2020 | 12:13pm

Muat turun aplikasi kegemaran dari HUAWEI App Gallery untuk Nova 7 yang baharu

Di Malaysia, Siri HUAWEI nova adalah antara peranti HUAWEI yang paling popular kerana dipasarkan secara meluas dan turut ditawarkan pada harga yang mampu milik.

Terkini, HUAWEI kembali mewarnai arena teknologi dan bakal melancarkan Siri HUAWEI nova 7 tidak lama lagi dengan lebih bergaya dan membawa banyak nilai tambah.

Peranti ini sama seperti produk HUAWEI yang lain, ada keistimewaan dan tidak akan mengecewakan pengguna serta jangan khuatir, akan kehilangan aplikasi kegemaran anda.

Pengguna boleh menggunakan HUAWEI AppGallery pada telefon pintarnya untuk memuat turun semua aplikasi kegemaran.

Justeru, manfaatkan siri nova 7 baharu anda dengan HUAWEI AppGallery dan cari semua aplikasi yang anda mahukan.

Terdapat banyak aplikasi untuk anda terokai di HUAWEI AppGallery. Antaranya, HUAWEI Browser, HUAWEI Assistant (news and AI assistant), HUAWEI Cloud Storage, HUAWEI Email, MeeTIME (panggilan video); HUAWEI Welink (Telekomunikasi App), HUAWEI Readers (Reading App), HUAWEI Quick App, HUAWEI Calendar, HUAWEI Music dan HUAWEI App Gallery.

Bahkan, ada kelebihan menggunakan HUAWEI AppGallery kerana terdapat aplikasi khusus, HUAWEI Theme atau Member Center untuk memenuhi semua keperluan anda.

Lebih menarik, beberapa aplikasi yang dimuatnaik ada kelebihan tambahan lain yang memberi nilai tambah.

Contohnya, panggilan video MeeTIME memberikan perkongsian skrin yang lebih baik semasa panggilan video, sekali gus membolehkan anda menikmati panggilan yang menarik, pertemuan produktif dan pemandangan yang berbeza walaupun hanya di alam maya.

Aplikasi HUAWEI Email pula memberikan fungsi yang lebih komprehensif, termasuk Gmail, Outlook dan Yahoo Mail. Lebih canggih, aplikasi e-mel ini boleh segerakan kepada lebih daripada satu domain e-mel, termasuk Gmail, sekali gus memudahkan anda mengakses e-mel peribadi dan kerja dengan satu aplikasi.

Kelebihan HUAWEI Cloud Storage pula, ia menawarkan percuma storan hingga 50GB untuk Google selama setahun, berbanding Google hanya menyediakan storan 15GB secara percuma.

Bagi penggemar video, tentu akan teruja dengan aplikasi HUAWEI Video yang memberikan akses premium percuma hingga tiga bulan, dan Aplikasi Video versi Web Youtube.

Banyak lagi untuk dihuraikan satu persatu, hanya dengan memilikinya anda dapat lebih memahami betapa canggihnya, HUAWEI AppGallery.

Fungsi HUAWEI AppGallery mempunyai kelebihan tersendiri, malah sebilangan besar aplikasi yang sering digunakan di Malaysia, tersedia di AppGallery ini.

Paling penting, HUAWEI AppGallery adalah selamat kerana ia telah dianugerahkan CC EAL 5 + terbaik di industri dan sijil keselamatan.

Gunakan HUAWEI Phone Clone untuk pengalihan data yang mudah. Anda dengan mudah dapat memindahkan kenalan, Sistem Pesanan Ringkas (SMS), log panggilan, nota, rakaman, kalendar, foto, muzik, video, dokumen dan aplikasi dari telefon lama ke telefon pintar HUAWEI baharu anda.

Anda tidak memerlukan Wi-Fi atau aliran data. Cukup imbas kod QR atau sambungkan hotspot tempatan telefon baru. Sedia untuk dipindahkan.

Tidak kira sama ada anda pengguna iOS atau Android-HUAWEI Phone Clone serasi dengan telefon anda tanpa mengira jenama. Muat turun aplikasi percuma dari Google Play atau Apple Store.

Pemindahan super cepat membolehkan ia dapat mencapai kelajuan 1GB per minit. Gambar, video, kenalan, dan fail lain akan dipindahkan dengan mudah dan selamat.

HUAWEI AppGallery: Lebih Selamat, Lebih Storan, Lebih Ganjaran

Dalam erti kata lain, HUAWEI AppGallery adalah pendamping mudah alih yang sempurna, dengan kebanyakan aplikasi disediakan untuk membantu tugas atau keperluan sehari-hari anda.

Selain dilengkapi aplikasi yang berguna dan bermanfaat, ia juga menawarkan permainan dan hiburan yang menyeronokkan, sekali gus boleh menghilangkan rasa bosan atau tekanan apabila dilanda situasi seperti itu.

Aplikasi ini turut membolehkan anda bebas berkomunasi - berbual dengan keluarga dan kenalan serta meneruskan aktiviti media sosial, malah dijadikan navigasi jika keadaan memerlukan anda berbuat demikian.

Gunakan HUAWEI FindApps yang mudah dan pantas untuk membantu anda mencari aplikasi kegemaran anda.

Aplikasi ini amat berguna kerana selain berfungsi sebagai hab untuk membantu pengguna mencari aplikasi yang mereka perlukan, ia juga mengarahkan ke sumber yang tersedia untuk memuat turun aplikasi.

FindApps akan dapat mencari aplikasi popular seperti Facebook, Telegram, WhatsApp, Instagram, dan lain-lain. Selain, membantu pengguna dalam mencari aplikasi dengan menggabungkan beberapa sumber muat turun pihak ketiga seperti laman web rasmi aplikasi atau dalam AppGallery.

Terdapat banyak aplikasi lain di AppGallery, tetapi jika anda tidak dapat mencari aplikasi tertentu, jangan risau kerana anda boleh menyelesaikannya dengan memuat turun APK. Anda boleh memuat turun APK secara langsung menggunakan HUAWEI Browser, atau melalui pihak ketiga kedai aplikasi seperti Aptoide atau Aurora Store.

Berita baik, HUAWEI AppGallery juga memberi ganjaran kepada penggunanya iaitu dapat menebus hadiah menarik dan pek hadiah di Pusat Hadiah HUAWEI AppGallery dengan memperoleh Point HUAWEI

Kesimpulannya, Siri HUAWEI Nova 7 tetap berbaloi untuk dimiliki, jadi jangan risau!

Bagaiamanapun, anda perlu sabar sedikit kerana peranti ini hanya akan datang ke Malaysia, sedikit masa lagi!

HUAWEI AppGallery berkembang pesat di Malaysia. Tonton video untuk mengetahui lebih lanjut!

Maklumat lanjut mengenai HUAWEI AppGallery: https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/

Berita Harian X