Isnin, 27 April 2020 | 4:37pm

Pengendali telco tawarkan pelan menakjubkan untuk HUAWEI Siri P40

KUALA LUMPUR: HUAWEI Siri P40 yang dilancarkan melalui acara dalam talian awal April lalu, kini semakin mendapat perhatian.

Lebih-lebih lagi, HUAWEI Siri P40 bukan sahaja mempunyai banyak ciri unggul tetapi disebut-sebut, sebagai model paling 'mampu milik' berbanding model lain.

Jadi, bagi anda yang bercita-cita untuk memiliki peranti model ini, jangan tunggu lagi untuk mendapatkannya.

Berita baik, anda kini boleh mendapatkan telefon pintar revolusi baharu ini pada harga amat berpatutan, apabila anda membelinya dengan pelan menakjubkan yang ditawarkan oleh pengendali telco terkemuka di Malaysia.

Selaras dengan warisan inovasi dan kecemerlangan yang unggul, HUAWEI Siri P40 mengekalkan kedudukannya sebagai yang terbaik dalam fotografi dan terbaik dalam kesalinghubungan.

Dilengkapi dengan Kamera Ultra Vision Leica, HUAWEI Siri P40 menghasilkan fotografi yang luar biasa, sama ada subjeknya dekat atau jauh dari jangkauan anda. AI melengkapkan sistem kamera untuk memastikan kualiti gambar yang tinggi pada bila-bila masa siang atau malam.

Dikuasakan oleh chipset canggih Kirin 990 5G, sistem EMUI 10.1 HUAWEI Siri P40 dibina untuk membawa hubungan yang tiada tolok bandingannya dalam kehidupan seharian anda, terutamanya dengan ciri HUAWEI MeeTime dan HUAWEI Share terkini.

Kunjungi pengendali telco terdekat anda sekarang untuk merebut HUAWEI Siri P40 pada harga yang hebat dan nikmati pelbagai percuma ditawarkan!

1. Celcom

Harga terendah dengan pelan dari RM49 / bulan dengan pelan Celcom EasyPhone P40.

Pautan kedai dalam talian untuk P40 di sini atau P40 Pro di sini.

2. Digi

Harga terendah dengan pelan dari RM48 / bulan, dengan rancangan Digi PhoneFreedom 365.

Pautan kedai dalam talian di sini.

3. Maxis

Harga terendah dengan pelan dari RM158 / bulan untuk dua telefon, dengan rancangan Maxis Zerolution.

Pautan kedai dalam talian di sini atau Imbas kod QR di bawah untuk mendapatkan maklumat mengenai bagaimana anda dapat mengalami lebih banyak produk Maxis bernilai tambah dengan peranti HUAWEI anda:

4. U Mobile

Harga terendah dengan pelan dari RM59 / bulan dengan pelan U Mobile UPackage.

Pautan kedai dalam talian di sini.

Selain itu, AppGallery HUAWEI kini mengandungi sebahagian besar aplikasi yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Netflix, Instagram, AirAsia, TikTok, Lazada, dan banyak lagi.

Usah bimbang! AppGallery juga selamat kerana diperkuat dengan empat lapisan perlindungan yang telah disahkan oleh standard industri tertinggi.

Pengguna dapat menjimatkan lebih banyak penyimpanan dengan hanya menggunakan Quick Apps untuk membuka aplikasi yang anda inginkan tanpa memasangnya.

Pengguna siri P40 dan MatePad pro kini dapat menebus hadiah bernilai sehingga RM2,381 di HUAWEI Member Center dan juga mendapat storan 50GB HUAWEI Cloud percuma selama 12 bulan. Bukan itu sahaja, HUAWEI Malaysia juga menawarkan tiga bulan akses premium percuma ke semua pengguna siri P40 dan MatePad Pro!

Untuk maklumat lebih lanjut, https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/

Tunggu apa lagi?

Pesan sekarang untuk menikmati tawaran hebat dari telco utama atau untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenai HUAWEI Siri P40 sila lawati HUAWEI Online Store.

Berita Harian X