X
Rabu, 18 March 2020 | 1:48pm
Hiburan lebih seronok dengan unifi Plus Box
Hiburan lebih seronok dengan unifi Plus Box

Nikmati hiburan sebenar dengan unifi Plus Box

MENONTON televisyen di rumah sememangnya mampu merehatkan minda selepas seharian penat bekerja. Namun, keseronokan itu tidak dapat dikecapi dengan menonton siaran televisyen biasa.

Bertukarlah kepada unifi Plus Box, produk baharu dari jenama konvergens utama di bawah Telekom Malaysia Bhd (TM) yang didatangkan dengan ciri TV Android dalam resolusi 4K Ultra Definisi Tinggi (HD).

Dengan teknologi TV Android pada unifi Plus Box, anda boleh mengawalnya dengan Google Assistant untuk carian berdasarkan suara. Memang sesuai untuk anda yang mahu menukar saluran tanpa perlu mencapai alat kawalan jauh.

Tonton rancangan kegemaran dari telefon pintar

Image

Dilengkapi dengan BBC Player, YuppTB, Dimsum, Viu, YouTube dan unifi TV yang menawarkan saluran premium seperti FOX, BBC, National Geographic serta Nickelodeon, unifi Plus Box turut membolehkan anda menonton siaran kegemaran melalui telefon pintar.

Cuma hubungkan telefon pintar, tablet atau komputer riba ke kaca televisyen dengan aplikasi unifi PlayTV, anda boleh nikmati hiburan terus ke peranti pilihan.

Malah, anda juga boleh mengakses sehingga lima peranti berbeza dengan aplikasi unifi PlayTV. Tidak perlu lagi berebut siaran dengan ahli keluarga anda lagi selepas ini!

Percuma untuk pelanggan unifi Home

Image

Untuk pelanggan pelan unifi Home 30Mbps, 100Mbps dan 300Mbps sedia ada, anda boleh menikmati unifi Plus Box secara percuma dengan mengemaskini kontrak pelan unifi selama 24 bulan.

Bagi pelanggan pelan jalur lebar unifi semasa, anda masih boleh menikmati unifi Plus Box dengan membayar RM10 tambahan setiap bulan.

Manakala, pelanggan baharu turut layak untuk menikmati unifi Plus Box secara percuma sekiranya melanggan pelan unifi Home 30Mbps, 100Mbps atau 300Mbps berserta kontrak 24 bulan.

Malah, anda juga akan menerima akses ke unifi TV Ultimate Pack yang menyajikan lebih daripada 70 saluran dan akses kepada BBC iPlayer.

Pilihan untuk tingkatkan pengalaman dalam talian

Selain itu, pelanggan baharu juga ditawarkan untuk meningkatkan pengalaman dalam talian dengan menambah mana-mana 'Add-Ons' unifi, termasuklah sistem Wi-Fi Mesh yang membantu menghilangkan ‘dead spots’ Wi-Fi pada harga RM15 sebulan (2 nod) selama 24 bulan.

Jom dapatkan unifi Plus Box di mana-mana cawangan TM berdekatan. Untuk maklumat lanjut mengenai unifi Plus Box, layari laman web unifi.

Berita Harian X