Jumaat, 27 Disember 2019 | 5:51pm

HUAWEI tawar pakej kombinasi gaya-kerja pintar, maksimumkan kelancaran urusan pekerjaan dan perniagaan anda

KUALA LUMPUR: Tidak dinafikan kemunculan dan penggunaan teknologi baharu di dalam sesuatu perniagaan memberi implikasi positif terutama membabitkan budaya kerja dan kecekapan operasi sesebuah syarikat.

Melihatkan suasana pekerjaan yang sudah bertukar, terdapat juga pelbagai tawaran pakej diberikan oleh syarikat pengendali internet untuk memastikan keupayaan dan kecekapan dapat dimaksimumkan sebaiknya.

Pakej Kombinasi Gaya-Kerja Pintar antara tawaran terbaik yang dapat membantu anda untuk terus mengoptimumkan kerja dan perniagaan untuk menjadi lebih pintar dan berhubung dengan lebih banyak peranti.

Produk terbaik di dalam pakej ini akan memberi kelebihan kepada anda dan perniagaan mahu pun kerja, malah akan menjadi lebih produktif dengan Siri HUAWEI Mate 30 yang boleh dihubungkan dengan Matebook 13.

Bukan setakat itu saja, anda juga tidak akan terlepas sebarang panggilan telefon kerana dengan menggunakan HUAWEI FreeBuds 3 dan Watch GT2, hanya dengan 12 bulan pelan bayaran ansuran bulanan daripada RM25.69 sehari anda boleh mendapatkan semuanya.

Siri HUAWEI Mate 30

Siri HUAWEI Mate 30 boleh dianggap sebagai ‘pengangkutan’ utama untuk kelancaran dan perhubungan anda dengan dunia tidak kira di mana saja anda berada.

Ini kerana ia adalah telefon pintar pertama di dunia yang memiliki 40MP Cine Camera, selain turut dilengkapi dengan pelarasan volum secara semula jadi, mengambil gambar swafoto atau nikmati pengawalan permainan dengan hanya sentuhan sisi inovatif di tepi bahagian telefon.

Malahan ia turut mempunyai interaktif AI Gesture Control, AI Auto Rotate dan dikuasakan dengan mod “AI private view” mode apabila ia menyentuh mengenai privasi pada tahap seterusnya.

Bukan setakat itu saja, HUAWEI Mate 30 ini juga adalah yang pertama di dunia dengan 27W Pengecasan Tanpa Wayar.

Siri MateBook 13

Bagi yang ingin memudahkan pekerjaan walau berada di mana saja,Siri MateBook 13 adalah peranti terbaik kerana ia turut menyokong kolaborasi skrin pelbagai fungsi bagi memudahkan urusan pekerjaan anda hanya dengan sambungan telefon pintar HUAWEI dengan laptop HUAWEI menerusi sekali sentuhan saja.

Lebih memudahkan lagi, ia mampu untuk mengalihkan semua urusan pekerjaan anda dalam satu peranti yang anda inginkan contohnya anda hanya perlu untuk fokus kepada skrin laptop dalam masa yang sama anda boleh melayari aplikasi telefon pintar di komputer menerusi kolaborasi skrin pelbagai.

Daripada urusan kerja dan sebagainya, yakinlah bahawa anda boleh berbuat lebih banyakdengan Mate 30 Series dan juga rangkaian peranti pintar lain.

Maksimumkan Mate anda dan padankan dengan lancar dengan pelbagai peranti pintar lain.

Jam GT2

Trend terkini iaitu jam tangan yang mampu dihubungkan dengan semua rangkaian peranti kini semakin menjadi perhatian ramai. Kini HUAWEI memperkenalkan Jam GT2 yang boleh dipadankan dengan kelancaran yang hebat bersama Mate 30.

Dengan Jam GT 2 anda tidak akan terlepas lagi sebarang mesej penting, malah anda juga boleh memantau kesihatan dengan hanya melihat rekod kadar degupan jantung anda dengan mudah serta melihat laporan penuh di telefon pintar untuk menguruskan kesihatan anda dengan lebih baik.

Tidak terkecuali juga, teknologi digunakan pada Jam GT 2 juga membolehkan anda untuk menjawab panggilan telefon tanpa perlu membawa telefon pintar anda ketika sesi bersenam dan sebagainya dan ia turut boleh memainkan muzik kegemaran anda.

Freebuds 3

Selain itu, HUAWEI turut memperkenalkan peranti pintar unik iaitu Freebuds 3 yang mampu mengurangkan gangguan bunyi untuk anda menikmati muzik anda.

Menerusi Freebuds 3, penghayatan muzik anda akan lebih enak didengari dan pengalaman panggilan telefon yang sangat elok.

Rekaannya yang ringkas dan selesa untuk digunakan dalam tempoh masa yang panjang dan ia adalah generasi baru ‘bluetooth’ algoritma yang secara dinamik dapat mengenal pasti gangguan WiFi dan dengan cepat boleh menyesuaikan diri dengan pembatalan bunyi, membolehkan anda mempunyai pengalaman audio yang lancar.

Jadi setiap rangkaian peranti pintar HUAWEI Smartlife ini boleh dipadankan dengan Siri Mate 30 sebagai memenuhi keperluan gaya hidup dan keperluan setiap orang ketika ini.

Pastikan Mate anda mampu dihubungkan dengan lancar bersama peranti pintar HUAWEI untuk pengalaman ekosistem HUAWEI yang lebih baik.

Justeru jangan berlengah kerana anda boleh dapatkan pakej terbaik dan boleh membeli secara berasingan kerana ia juga ditawarkan untuk memudahkan setiap orang memiliki produk HUAWEI idaman masing-masing.

Sebarang maklumat lanjut dan pembelian pakej boleh melayari https://huaweitogether2020.3ex.com.my/.

Berita Harian X