Sabtu, 21 Disember 2019 | 8:01am

Xiaomi Mi Note 10 telefon pintar terbaik Vlog

MEMAHAMI dunia fotografi tanpa sempadan, Xiaomi memperkenalkan peranti mudah alih terkininya Mi Note 10.

Menariknya, pengenalan Mi Note 10 kali ini dilihat sebagai peranti pintar mudah alih kategori pertengahan yang memiliki kuasa fotografi persis kamera profesional.

Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan, telefon pintar yang dikuasakan dengan lima kamera (Penta Camera) di bahagian belakang dan satu di hadapan itu sebenarnya mampu menghasilkan kualiti setanding kamera profesional yang digunakan untuk rakaman gambar sebesar billboard atau bahasa mudahnya papan iklan.

Gambar diambil oleh Kenji Ooi
Gambar diambil oleh Kenji Ooi

Semuanya dimungkinkan dengan kehadiran kamera 108 mega piksel (MP) sebagai kamera utamanya yang mampu memberikan perincian mengkagumkan bagi setiap rakaman gambar pengguna.

Kamera utama ini disokong empat lagi kamera yang memiliki keunikan fokus masing-masing iaitu kamera makro 2MP, kamera lensa lebar 20MP ultra wide-angle 117 darjah, dan dua kamera untuk zoom iaitu kamera telefoto 12MP dengan fokus zoom optikal 2x mod potret, dan kamera telefoto 5MP dengan fokus zoom hibrid sehingga 10x.

Maka dengan ciri-ciri ini, Mi Note 10 memberikan kebebasan kepada pengguna untuk bereksperimen dengan pelbagai rakaman dan kreativiti melangkaui kemampuan kamera komersial yang memerlukan pengguna menukar lensa mengikut keperluan.

Tidak kurang juga dengan kamera swafoto yang memuatkan kamera berkuasa 32MP memberikan kebebasan kepada pengguna untuk merakam lebih banyak foto, sama ada untuk koleksi peribadi atau dikongsi di media sosial.

Gambar diambil oleh Kenji Ooi
Gambar diambil oleh Kenji Ooi

Bagi golongan wanita, tabiat mengambil swafoto juga tidak lagi menjadi kebimbangan kerana dengan kamera hadapan yang didatangkan dengan resolusi ultra tinggi, ia mampu merekod setiap perincian seperti anak rambut, bulu mata malahan segala karakter yang ada pada muka anda.

Justeru, peluang menguji cuba telefon pintar ini digunakan sepenuhnya untuk penulis menguji telefon pintar Penta-Camera pada tahap optimum, termasuk dengan memuat naik Vlog milik penulis ke platform media sosial.

Satu elemen yang paling ketara adalah perincian rakaman, yang dilihat lebih bertenaga dari segi limpahan tona warna dan pencahayaan apabila penulis memuat naik Vlog berkenaan pra-tonton Star Wars: The Rise of Skywalker di saluran YouTube.

Menerusi mod video, Mi Note 10 memberikan kawalan penuh kepada pengguna untuk menghasilkan video mengikut kreativiti dan bermain dengan ciri-ciri uniknya pada pilihan Shoot vlog yang tertera di bahagian mod video.

Dalam bahasa mudah, pengguna hanya perlu memilih Shoot vlog pada mod video untuk menjadikan rakaman biasa kepada rakaman yang disunting secara profesional.

Kesannya ‘walla’ mengkagumkan, vlog penulis kelihatannya seperti iklan di televisyen dan diakui ia aplikasi yang sangat sesuai untuk pengguna yang berjinak-jinak untuk menjual produk secara atas talian.

Bagi ciri fizikalnya, Mi Note 10 disifatkan cukup elegan dengan tawaran warna yang tampak mewah pada ketebalan hanya 9.67 milimeter.

Mi Note 10 dilengkapi skrin 6.47-inci FHD+ AMOLED dan dijana oleh cip Snapdragon 730G dengan

memori 8GB RAM serta storan sebesar 256GB.

Beroperasi menerusi platform Android 9 Pie, harga jualan bagi Mi Note 10 di negara ini bermula dari

RM2,099 bagi model asas. Xiaomi yang berpangkalan di China mula meneroka aspek teknologi yang

lebih canggih dalam setiap peranti yang dikeluarkannya dan ia kini mula meletakkan jenamanya

setaraf dengan peserta lain dalam industri telefon pintar.

Semua peranti ini boleh didapati di kedai dalam talian Lazada dan Shopee.

MODEL MI NOTE 10 PRO

Lazada: http://bit.ly/2QQjTf4

Shopee: http://bit.ly/2Ld3lKL

Model Mi Note 10

Lazada: http://bit.ly/35G2euu

Shopee: http://bit.ly/2XVJqoM

Untuk keterangan lanjut, layari https://www.mi.com/my/mi-note-10/

Berita Harian X