Selasa, 10 Disember 2019 | 4:36pm
KETUA Operasi Perkhidmatan Awan Perkhidmatan Mudah Alih Huawei, Alvin Khoo (kanan) bersama Pengarah Peruncitan Huawei Malaysia, Carlson Leong dan Pengurus Pemasaran e-Dagang & Pengguna, Arielle Chin Mei Wan hadir pada sidang media di Kuala Lumpur. - Foto Nik Hariff Hassan
KETUA Operasi Perkhidmatan Awan Perkhidmatan Mudah Alih Huawei, Alvin Khoo (kanan) bersama Pengarah Peruncitan Huawei Malaysia, Carlson Leong dan Pengurus Pemasaran e-Dagang & Pengguna, Arielle Chin Mei Wan hadir pada sidang media di Kuala Lumpur. - Foto Nik Hariff Hassan

HUAWEI tawar promosi, pakej produk pintar 12.12

KUALA LUMPUR: HUAWEI membuka tirai gaya hidup pintar 2020 dengan menawarkan HUAWEI Smart Life Package untuk membantu rakyat Malaysia melengkapkan kehidupan mereka dengan ekosistem pintar daripada pelbagai produk keluaran gergasi elektronik dunia itu.

Menerusi pakej itu, pengguna ditawarkan pakej bayaran ansuran tanpa kadar faedah bagi pembelian keseluruhan RM500 ke atas gabungan peranti pintar HUAWEI atau memilih satu daripada enam pakej kombo mengikut gaya hidup.

Antaranya, pakej kombo pelajar pintar (RM19.39 sehari), kombo gaya hidup aktif pintar (RM8.97 sehari), kombo cara kerja pintar (RM25.69 sehari), kombo pelancongan pintar (RM22.13 sehari), kombo pintar permainan (RM25.96 sehari), dan kombo pintar peminat HUAWEI (RM32.53 sehari).

Pengarah Peruncitan Huawei Malaysia, Carlson Leong, berkata semua pakej yang ditawarkan itu menggabungkan peranti terbaik HUAWEI yang mampu berfungsi secara harmoni untuk memberikan pengalaman gaya hidup pintar kepada kehidupan harian rakyat Malaysia.

Katanya, turut digabungkan peranti popular HUAWEI Mate 30 dengan ekosistem pintar HUAWEI Mobile Services (HMS) supaya pengguna memiliki pengalaman keterhubungan dan kecekapan untuk menguruskan aktiviti harian sama ada bekerja, belajar atau gaya hidup aktif.

“Kami memudahkan pengguna untuk memiliki kehidupan pintar 2020 pada kos paling rendah iaitu serendah RM8.97 sehari, dan mereka bebas memilih atau menggabungkan mana-mana peranti HUAWEI untuk disesuaikan mengikut keperluan masing-masing.

“Ia boleh diperoleh di semua HUAWEI Experience Store (HES) kami di seluruh negara atau menyesuaikan sendiri gabungan peranti di laman web huaweitogether2020.3ex.com.my,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut berlangsung pelancaran Promosi Festival Akhir Tahun 12.12 di Lazada yang menyaksikan HUAWEI menawarkan pelbagai tawaran menarik termasuk tawaran semerta atau ‘flash deal’ setiap jam yang menyediakan promosi peranti hanya pada harga RM12 kepada pembeli bertuah.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran e-Dagang & Pengguna, Arielle Chin Mei Wan, berkata tawaran utama dalam promosi 12.12 adalah promosi harga besar-besaran pada lima peranti iaitu HUAWEI Mate20 pada hanya RM1,212; HUAWEI nova 4e (RM749); HUAWEI MediaPad T5 (RM599); HUAWEI Watch GT (RM399); dan HUAWEI Band 4 (RM89).

Katanya, turut ditawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM850 untuk pembelian peranti terpilih selagi stok masih ada.

“Bagi memudahkan pembelian, pengguna dinasihatkan berdaftar terlebih dulu di shop.huawei.com/my,” katanya.

Berita Harian X