Khamis, 3 Oktober 2019 | 5:12pm
KETUA Eksekutif realme, Hunter Wang (dua dari kanan) bersama Pengurus Jenama realme, Tiffany Teh (dua dari kiri) ketika majlis pelancaran telefon pintar realme 5 dan realme 5 Pro di Petaling Jaya, hari ini. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria
MAJLIS pelancaran telefon pintar realme 5 dan realme 5 Pro di Petaling Jaya, hari ini. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

realme 5, realme 5 Pro untuk pengguna harga pertengahan

PETALING JAYA: realme Malaysia (realme) melancarkan telefon pintar quad kameranya yang pertama, dikenali sebagai realme 5 dan realme 5 Pro yang dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon.

Kedua-dua model berkenaan disasarkan kepada pengguna bagi segmen telefon harga pertengahan.

Harga jualan bagi model realme 5 adalah RM599 dan RM799 (bergantung kapasiti simpanan) dan model realme 5 Pro pula adalah RM1,099.

Pengurus Jenama realme, Tiffany Teh, berkata kelebihan pada kedua-dua model berkenaan adalah penggunaan quad kamera dengan lensa sudut ultra-lebar, kamera utama, lensa potret dan ultra makro.

“Kami meneruskan semangat 'Dare to Leap' dengan membawa revolusi pasaran baharu iaitu dua telefon pintar yang akan menjadi penanda aras dalam segmen harga pertengahan di Malaysia.

“Kami juga bangga kerana semakin ramai rakyat Malaysia mempunyai akses kepada teknologi yang dibawa realme.

“Ini turut menjadi antara faktor yang menyakinkan kami untuk membawa masuk model realme 5 dan 5 Pro ke Malaysia," katanya pada majlis pelancaran telefon pintar berkenaan di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Ketua Eksekutif realme, Hunter Wang.

Model realme 5 dilengkapi dengan Snapdragon 665 AIE iaitu enjin Qualcomm Al generasi ketiga berdasarkan cip pemprosesan 11nm octa-core yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHZ seiring dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan.

Ia boleh didapati dalam dua warna baru Crystal Blue dan Crystal Purple.

Manakala model realme 5 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 712 AlE, dengan CPU berkelajuan 2.3GHZ yang juga dikenali sebagai enjin Al generasi ke-3 yang membantu mempercepat pengkomputeran Al bersama GPU Qualcomm Andreno 616.

Model ini boleh didapati dalam warna Crystal Green dan Sparkling Blue.

Mengulas lanjut, Teh berkata buat pertama kalinya, kedua-dua model telefon pintar itu akan dijual secara eksklusif di platform Lazada.

“Selain itu, bermula sekarang hingga 11 Oktober depan, sesiapa yang berminat untuk mendapatkan realme 5 Pro boleh mula membuat pesanan,” katanya.

Berita Harian X