X
Selasa, 24 September 2019 | 4:59pm

OPPO A9 2020 disokong dengan 48MP Kuad Kamera, 8GB RAM +128GB ROM tetapi masih dalam penjimatan harga!

KUALA LUMPUR: OPPO jenama yang terus berkembang diperingkat global dan juga Malaysia tidak dinafikan lagi teknologinya dan sokongan daripada pengguna. Telefon pintar OPPO sering menjadi pilihan kepada pengguna, dan lihat di sekeliling kita, pasti ada kenalan yang menggunakan OPPO.

Berdasarkan komitmen berterusan OPPO dalam mencipta teknologi terbaik kepada pengguna, baru-baru ini OPPO sekali lagi ke hadapan dalam memperkenalkan telefon pintar terbaharunya, OPPO A9 2020. Pengguna sudah pasti tidak akan kecewa dengan inovasi teknologi terbaharu OPPO terutamanya dalam OPPO A9 2020 yang menyasarkan untuk mengekalkan momentum pertumbuhan yang lebih kukuh di rantau ini.

Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya apa istimewanya OPPO A9 2020 ini. Ia boleh disifatkan sebagai telefon pintar yang sarat dengan fungsi hebat 48MP Kuad Kamera bersama 8GB RAM + 128GB ROM tetapi masih dalam penjimatan harga.

1. 48MP KUAD KAMERA, MEMPERSONAKAN FOTOGRAFI HARIAN ANDA

Apabila melihat sendiri telefon pintar terbaharu dari OPPO ini, ia menawarkan teknologi dan kelebihan sama seperti telefon pintar mewah dan pertengahan yang lain. Sebagai jenama yang pantas berkembang dalam teknologi, OPPO A9 2020 dilengkapi dengan tetapan Kuad-Kamera pelbagai guna, termasuk Kamera Utama 48MP + Lensa Ultra-Lebar 8MP + Lensa Mono 2MP + Lensa Potret 2MP.

OPPO A9 2020, adalah telefon pintar pertama yang memiliki empat fungsi kamera dan mempunyai peranan yang pelbagai. Lensa Sudut Ultra Lebar atau Potret, keduanya boleh digunakan tanpa mengira waktu. Ciri ini dicipta sebagaimana yang dimahukan oleh pengguna, untuk memudahkan pengambilan gambar dari semua sudut atau keadaan.

Istimewanya lagi, kameranya dapat disesuaikan pada setiap sudut, sebagai contoh, pengguna tidak perlu berebut untuk mengambil gambar gambar wefie kerana dengan fungsi 119 darjah lensa ultra-lebar 8MP, ia memberikan lebih banyak kepelbagaian dari segi komposisi dan ekspresi gambar, menjadikannya lebih mudah untuk mengambil gambar yang besar dalam ruang yang lebih kecil.

Gambar landskap juga akan kelihatan cantik seolah-olah anda berada di sana. Kini, Mod Malam Ultra 2.0 juga berfungsi ketika mengambil gambar sudut Ultra Lebar sekaligus dapat menangkap lebih banyak keindahan landskap bandar ketika waktu malam dan memastikan pengurangan hingar yang cekap.

Akhirnya, lensa Mono dan Lensa Potret membolehkan pengguna untuk menambah kesan retro, kasar dan atmosfera ke dalam gambar potret yang diambil, mencipta imej yang lebih diperibadikan untuk pengguna, menawarkan gaya baharu seiring dengan yang ditawarkan oleh jenama telefon pintar lain ketika ini. Sesuai untuk pengguna yang inginkan sebuah telefon pintar dengan kamera dan fungsi gambar terbaik, sudah tentu, ianya akan menjadi pilihan untuk mengambil gambar sebelum dimuat naik ke laman sosial.

2. 8GB RAM+128GB ROM PRESTASI BERKUASA

Sekali cuba, pasti nak lagi, sudah tentu pengguna akan teruja untuk terus mengambil gambar menggunakan Kuad-Kamera, namun jangan khuatir kerana OPPO A9 2020 mempunyai 8GM RAM berprestasi tinggi. Siri terbaharu ini juga mempunyai kapasiti yang tinggi dan pilihan memori serba boleh yang menyediakan lebih ruang untuk merakam lebih detik istimewa, seperti kapasiti memori sebesar 128GB dan slot tiga kad (Dual Sim + MicroSD) yang boleh menyokong sehingga 256GB memori.

Ia juga disokong oleh Snapdragon chipset, dan siri A9 2020 juga mempunyai Game Boost 2.0 untuk pengguna yang mengutamakan layanan pantas dalam permainan video kerana OPPO A9 2020 dibina untuk tindak balas sepantas kilat. Game Boost2.0 juga mengurangkan sela masa dan kependaman skrin sentuh yang memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik secara keseluruhannya.

Ciri-ciri yang terdapat dalam OPPO A9 2020 sememangnya menjadikannya sebagai telefon pintar berprestasi tinggi dalam semua aspek.

3. 5000MAH BATERI YANG KEKAL SEPANJANG HARI

OPPO A9 2020 juga mempunyai bateri berkapasiti besar 5000mAh yang membolehkan penggunaan sepanjang hari, mampu menyokong penggunaan berterusan selama 19 jam.

OPPO A9 2020 ini adalah satu-satunya peranti yang mempunyai 48MP Kuad Kamera dan bateri berkapasiti 5000mAH dalam kalangan telefon pintar di bawah RM 1200.

4. 4K VIDEO YANG STABIL DAN BERKUALITI

Ia juga mempunyai teknologi video 4K dengan imej elektronik stabil (EIS) dan binaan giroskop yang dapat menyimpan lebih banyak video serta lebih fokus. Ini bermakna video yang diambil akan menjadi lebih jelas dan stabil, memberikan pengalaman mengambil video yang lebih sempurna.

5. SISTEM DOLBY ATMOS® +DUAL STEREO SPEAKER

Peranti ini juga mempunyai Dolby Atmos® +Dual Stereo Speaker, sistem audio yang memberikan pengalaman sinematik kepada pengguna, sistem bunyi sekeliling mencipta bunyi menarik dan kualiti jelas bagi memenuhi pengalaman hiburan yang lengkap.

BAGAIMANA DENGAN REKA BENTUKNYA?

Dengan tawaran pelbagai fungsi telefon pintar, sudah tentu pengguna mahu skrin yang lebih luas dan mendalam, lantaran itu OPPO memperkenalkan Kamera Skrin Titisan Air dan skrin sepenug 6.5 inci untuk rekaan licin dan kelihatan lebih menarik. Skrin Sinar Matahari meningkatkan kadar boleh bacaan di bawah cahaya langsung yang kuat, sementara penapis biru muda meredakan keletihan mata dan melindungi penglihatan mata pengguna dengan lebih baik di dalam cahaya rendah. OPPO A9 2020 boleh didapati dalam dua warna iaitu SpacePurple dan Marine Green.

HARGA? MENGEJUTKAN ANDA

Harga bagi OPPO A9 2020 adalah RM1199. Pengguna boleh mula membuat pra-pesanan sehingga 27 September di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di laman web rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; dan rakan kedai rangkaian OPPO Senheng, SenQ, DirectD dan ThunderMatch.

OPPO Siri A2020 akan dijual bermula 28 September di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di laman web rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; dan rakan telekomunikasi telefon pintar iaitu Celcom. Ia juga boleh didapati di Digi, Maxis dan U-Mobile tidak lama lagi.

Berita Harian X